Connect with us

Play Like A Girl

Angel Bosskurr, siapakah gerangan bidadarinya?

Published

on

Di ruang keterangan akaun Instagram tersebut menyatakan: “We are the Angels. (Kami adalah The Angels)” dan “E-sukan memperkasakan wanita.”

KUALA LUMPUR – Satu akaun media sosial Instagram yang menggunakan nama “Angel Bosskurr” telah diciptakan pada malam tadi.

Di ruang keterangan akaun Instagram tersebut menyatakan: “We are the Angels. (Kami adalah The Angels)” dan “E-sukan memperkasakan wanita.”

Akaun tersebut turut memuat naik satu gambar dengan kapsyen yang mereka akan mendedahkan ahli-ahli Angels tersebut.

“Salah satu pasukan e-sukan wanita di Malaysia!

“Adakah anda terasa kehangatannya. Sudahkah anda bersedia?

“Kami akan mendedahkan Angels kami dalam masa terdekat! Jadi, tunggu pengumumannya nanti,” kata Angel Bosskurr.

Sementara itu, pemain kompetitif PUBG Mobile wanita NorFarah Shahira atau senang dikenali Miss Farr turut memuat naik logo Angel Bosskurr pada petang tadi.

Sebelum ini, ura-ura Miss Farr akan menyertai Bosskurr Gaming berbunyi sejak Julai lagi selepasdia dilihat bergambar bersama pemain-pemain Bosskurr.

Antaranya termasuk Ahmad Fuad Razali (Fredo), Mohd Faris Zakaria (Soloz) dan pengurus Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddy).

Mereka dilihat mengambil gambar bersama dalam satu kejohanan Kejohanan PUBG Mobile Malaysia) 2019 di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pada Julai lalu, organisasi e-sukan tanah air Bosskurr Gaming (Bosskurr) mengumumkan yang mereka sedang mencari beberapa bakat baharu untuk bahagian penstriman langsung, pengurusan dan hiburan.

Bosskurr berkata mereka mencari penggiat-penggiat e-sukan wanita bagi menyertai bahagian-bahagian baharu tersebut dalam organisasi mereka.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

Click to comment

Cuba komen sikit

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved