Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: Senarai penuh atlet e-sukan Malaysia yang bertanding

Published

on

Atlet-atlet e-sukan Malaysia yang akan bertanding di Temasya Sukan SEA 2019 - Foto Facebook / MasterRamen

Pada 21 Disember 2018, 5 acara e-sukan secara rasmi diumumkan akan dipertandingkan dalam Temasya Sukan SEA 2019 iaitu Dota 2, Starcraft II, Mobile Legends : Bang Bang, Arena of Valor, Tekken 7.

Pada tahun ini, selepas menjadi persoalan dalam kalangan penggiat e-sukan, akhirnya Heartstone dipilih sebagai acara e-sukan keenam dalam sukan dwitahunan ini.

Pelbagai sesi kelayakan telah dilalui sejak awal tahun ini termasuk saringan bootcamp, akhirnya atlet-atlet e-sukan tanah air telah pun terpilih untuk mewakili tanah air di kejohanan antarabangsa ini.

Mereka turut mendapat pengurusan terus dari Firdaus Hashim (MasterRamen) yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam arena e-sukan ini.

Berikut adalah senarai barisan pemain dan jurulatih yang akan beraksi di Filoil Flying V Centre, Manila Filipina:

Ketua Jurulatih: Ahmad Syazwan Anuar (ADTR)

Mobile Legends: Bang Bang

Jurulatih:  Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel)

Pemain:

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)
  • Mohd Faris Zakaria (Soloz)

Dota 2

Jurulatih: Ahmad Syazwan Anuar (ADTR)

Pemain:

  • Khoo Chong Xin (Ohaiyo)
  • Denise Danial Abdullah (Denise)
  • Bakri Anwar (Bakri)
  • Ahmad Rizqan Muzakkir Ahmad Nizam (Danny)
  • Mohd Helmy Ibrahim (Vexus)
  • Muhammad Naufal Osman (Nopal)

Arena of Valor

Jurulatih: Kitamura Katsuhiro (Beichun)

Pemain:

  • Cham Hong Xin (ZeR0)
  • Poh Jing Sheng (Luna)
  • Kok Kar Seng (Raizel)
  • Loo Yong Leong (LYL)
  • Tai Tong (Shinkie)
  • Chan Choung Guan (Ryo)

Hearthstone

Jurulatih: Muhammad Izzat Mohamed Isa (EzXarT)

Pemain:

  • Hee Zi Song (Lalasong)
  • Yew Weng Kean (Wkyew)

Tekken 7

Jurulatih: Ahmad Tarmizi Mohamad (Koman)

Pemain:

  • Muhammad Zarif Aiman (Zaba)
  • Abdul Rahim Abdul Shukor (Fate)

Starcraft 2

Jurulatih: Samuel Fong Joon Sun (Neutrals)

Pemain:

  • Yap Kien Khun (Ranger)
  • Jonathan Wong Choon Hoong (Nefarious)
Click to comment

Cuba komen sikit

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: Keputusan penuh acara e-sukan

Published

on

Malaysia meraih 2 pingat dalam acara Sukan SEA 2019, termasuk acara Mobile Legends : Bang Bang - Foto Esports Malaysia

TEMASYA Sukan SEA 2019 telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan acara e-sukan dipertandingkan buat pertama kali.

Bersaksikan Filoil Flying V Centre, Manila, Filipina, berikut adalah keputusan penuh pungutan pingat bagi setiap acara e-sukan yang dipertandingkan:

Mobile Legends : Bang Bang

  • 🥇Filipina
  • 🥈Indonesia
  • 🥉Malaysia (Team Bosskurr)

Hearthstone

  • 🥇Malaysia
  • 🥈Thailand
  • 🥉Singapura

StarCraft II

  • 🥇Filipina
  • 🥈Singapura
  • 🥉Vietnam

Arena of Valor

  • 🥇Thailand
  • 🥈Indonesia
  • 🥉Vietnam

Dota 2

  • 🥇Filipina
  • 🥈Thailand
  • 🥉Vietnam

Tekken 7

  • 🥇Thailand
  • 🥈Filipina
  • 🥉Filipina

Sukan SEA 2019 mencatat sejarah tersendiri apabila memperkenalkan 6 acara e-sukan pada tahun ini.

Pada hari pertama acara e-sukan yang dipertandingkan semalam turut mencatatkan hampir 2 juta tontonan menerusi platform penstriman langsung.

Acara e-sukan itu menyaksikan jenama teknologi dan barangan komputer terkemuka, Razer, menjadi rakan rasmi e-sukan Sukan SEA 2019.

Continue Reading

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: Pensyarah kejuruteraan, Wkyew sumbang pingat emas pertama e-sukan menerusi Hearthstone

Published

on

Weng Kean Yew (Wkyew) selepas menang 3-1 menentang pemain Thailand pada final. - Foto YouTube / Razer

PEMAIN profesional e-sukan Hearthstone Weng Kean Yew (Wkyew) mencatat sejarah tersendiri dan negara apabila menjadi penyumbang pingat emas pertama acara e-sukan Sukan SEA 2019.

Wkyew muncul sebagai penyandang pingat emas selepas menewaskan pemain Thailand, Werit Popan 3-1 pada Grand Final, yang berlangsung di Filoil Flying V Centre, Manila, Filipina.

Wkyew yang juga merupakan seorang pensyarah Professor Madya di Heriot-Watt University Malaysia memulakan saringan peringkat kumpulan dengan baik apabila meraih mata kemenangan 3-2 secara keseluruhan.

Dia kemudiannya mara ke pusingan penentu dan bertemu dengan pemain Singapura, Khai Kiat Chew.

Meski tewas 2-3 dan jatuh ke kelompok bawahan, beliau mencatatkan rekod kemenangan yang baik apabila menang 3-0 ke atas pemain Thailand dan seterusnya menang 3-2 dengan pemain Vietnam.

Wkyew kemudian bertemu dengan Chew pada final kelompok bawahan dan berjaya menebuh kekalahannya sebelum dengan kemenangan 3-1.

Wkyew yang merupakan graduan doktor falsafah Kejuruteraan Elektrik dari UNITEN telah menceburi e-sukan Hearthstone sejak lima tahun dahulu.

Sebelum ini dalam satu temu bual bersama What’s The Meta, Wkyew berkata dia mengharapkan rakyat Malaysia untuk terus berikan sokongan kepadanya pada pusingan penentu emas itu.

“Perlawanan sudah tentunya sukar tapi saya akan berikan yang terbaik dengan semangat Malaysia Boleh!” katanya.

Difahamkan semalam Wkyew juga sempat mengadakan satu sesi panggilan video bersama ahli psikologi sukan sebagai sebahagian persiapan menghadapi final itu.

Sepanjangan penglibatannya dalam arena kompetitif Hearthstone, antara pencapaian Wkyew termasuk: 

  • Top 3 SEA Summer Preliminaries 2016
  • Top 16 Malaysia & Singapore Major 2017
  • Malaysia Top Point Earner 2018,
  • Malaysia Global Games Captain 2018,
  • Malaysia WCG representative 2019

Menerusi kemenangan Wkyew dalam Sukan SEA 2019 seketika tadi, lagu kebangsaan, Negaraku, berkumandang buat pertama kali di Filoil Flying V Centre, Manila Filipina.

Sukan SEA 2019 mencatat sejarah tersendiri apabila memperkenalkan 6 acara e-sukan pada tahun ini.

Selain Hearthstone, acara lain yang dipertandingkan termasuk Dota 2, Mobile Legends : Bang Bang, Starcraft II, Arena of Valor dan Tekken 7.

Pada hari pertama acara e-sukan yang dipertandingkan semalam turut mencatatkan hampir 2 juta tontonan menerusi platform penstriman langsung.

Acara e-sukan itu menyaksikan jenama teknologi dan barangan komputer terkemuka, Razer, menjadi rakan rasmi e-sukan Sukan SEA 2019.

Continue Reading

Mobile Legends

#SukanSEA2019 – Mobile Legends sumbang pingat gangsa, tewas 0-2 dengan Filipina

Published

on

Pingat pertama dalam sejarah e-sukan Malaysia bagi Temasya Sukan SEA 2019 disumbangkan oleh skuad Mobile Legends. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tewas kepada pasukan Filipina 0-2 pada pusingan final kelompok bawah Temasya Sukan SEA 2019 seketika tadi.

Menerusi kekalahan itu, skuad Malaysia kini berada di kedudukan nombor ketiga secara keseluruhan dan menyumbang satu pingat gangsa bagi acara e-sukan Sukan SEA 2019.

Pusingan pertama: Baxia Filipina yang keras

Pada pusingan pertama, Malaysia menggunakan hero; Diggie, Lylia, Kimmy, Thamuz dan Masha.

Manakala pasukan Filipina menggunakan hero Karrie, Lolita, Baxia, Terizla dan Esmeralda.

Ketika awal perlawanan, pasukan Malaysia dilihat sangat agresif dan berjaya mendapat menara (turret) pada minit pertama dan 49 saat. Namun pada minit kedua dan 15 saat, turtle mereka dicuri pasukan Filipina.

Leixia turut mendapat double kill di bahagian laluan atas pada minit kelima dan 14 saat.

Malaysia kemudian terus mendapatkan turtle kedua dan matlamat mereka berhasil.

Namun ia seperti tidak mencukupi apabila pertahanan dan kerjasama pasukan Filipina dilihat lebih kukuh terutama penggunaan hero tank Baxia.

Ketika perlawanan berlangsung, ada satu detik perang berlaku antara 4 pemain Malaysia dan 1 pemain Filipina yang menggunakan Baxia itu.

Keempat-empat mereka gagal untuk membunuh Baxia yang ‘keras’ itu.

Filipina kemudian cuba mendapatkan Lord dan berjaya pada minit ke 11 dan 16 saat.

Selang 1 minit dan 14 saat kemudian, Filipina mengatur langkah menuju ke pangkalan Malaysia dan berjaya memusnahkan Kristal.

Pusingan Kedua : Soloz ganti Logan

Pada pusingan kedua menyaksikan detik yang ditunggu-tunggu peminat Bosskurr Gaming akhirnya apabila pemain kesayangan mereka Mohd Faris Zakaria (Soloz) membuat kemunculan pertama dalam Sukan SEA 2019.

Soloz yang menggunakan nama MAS.Zakaria menggantikan rakan seperjuangannya Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan).

Pada pusingan ini Soloz menggunakan Selena manakala yang lain menggunakan Masha, Grock, Kimmy dan Karrie.

Sementara itu, Filipina masih menggunakan meta (strategi) Baxia, bersama hero lain iaitu X-borg, Lunox, Khufra dan Granger.

Filipina semestinya mendapat kelebihan ‘pemain keenam’ apabila Filoil Flying V Centre,  Manila, digegarkan dengan sokongan gemuruh penonton.

Meski dewan ini tidak penuh secara keseluruhan, ia sudah cukup memberi kekuatan dan semangat kepada pemain Filipina untuk menang 2-0 dalam pusingan final kelompok bawahan itu.

Penggunaan hero Baxia oleh Bata-Anon juga memang luar biasa sehingga dirangkul sebagai pemain terbaik (MVP) dalam kejohanan itu.

Dia meraih mata KDA 2/1/7 dalam perlawanan yang berlangsung selama 13 minit dan 9 saat.

Menerusi kemenangan itu, Filipina bakal bertemu dengan juara dunia e-sukan Mobile Legends iaitu Indonesia seketika nanti pada jam 7 malam bagi menentukan siapa yang akan membawa pulang pingat emas.

Sukan SEA 2019 kali ini memperkenalkan 6 acara e-sukan termasuk Mobile Legends dan menjadikan Razer, sebagai rakan e-sukan rasmi kejohanan itu.

Acara e-sukan Sukan SEA 2019 telah bermula sejak 5 Disember dan akan berakhir pada 10 Disember nanti.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!