Connect with us

CSGO

BAE.Sphynx sekali lagi akan gegar arena Asia Tenggara, kali ini dalam Legion of Valkyries

Published

on

Battle Arena Elites Sphynx (BAE.Sphynx) bakal mewakili Malaysia dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR– Pasukan CSGO Wanita tanah air, Battle Arena Elites Sphynx (BAE.Sphynx) bakal mewakili Malaysia dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara.

BAE.Sphynx terpilih ke peringkat itu selepas berjaya melepasi peringkat Kelayakan Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

BAE.Sphynx pada mulanya menewaskan pasukan Revenite 2-0 dan kemudiannya mara ke Grand Final menentang 1Posh.

Pada pusingan itu, BAE.Sphynx meraih kemenangan mudah 16-4 bagi kedua-dua pusingan yang berlangsung dalam peta Inferno dan Dust 2.

Menerusi kemenangan itu, BAE.Sphynx bukan sahaja mendapat slot ke peringkat Asia Tenggara, malah membawa hadiah wang tunai kira-kira RM4,000.

Barisan pemain BAE.Sphynx kini terdiri daripada: 

  • Aisya Sabrina (Argent)- Kapten
  • May Yee Ng (maye)
  • Nurul Aini (Ayumiii )
  • Shanice Choo (Alaska )
  • Jasmine Sim (jazminism)
  • Iffah Nazurah (3ve;)

Jika BAE.Sphynx layak melepasi peringkat Asia Tenggara, mereka akan berentap di Grand Final Legion of Valkyries IV 2019 yang bakal berlangsung di Pantip, Pratunam, pada 13-15 Disember 2019 nanti. 

Juara akan membawa pulang RM20,000 beserta 5 laptop gaming dari Lenovo.

Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini dan produk-produk berkaitan dengan Lenovo di  laman: Legion Lenovo.

Click to comment

Cuba komen sikit

CSGO

Playtonia Conqueror’s Insignia: Kaze dan ViCi Gaming bawa pulang RM166,800

Published

on

Dalam kejohanan yang berlangsung di Sunway Lagoon Amphitheatre itu, pasukan ViCi Gaming menewaskan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), NASR 3-0 pada Grand Final. - Foto YouTube / Playtonia

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Counter-Strike: Global Offensive tanah air Andrew Khong (Kaze) bersama pasukannya dari China ViCi Gaming menjuarai kejohanan Playtonia Conqueror’s Insignia hari ini.

Menerusi kemenangan itu, Kaze dan ViCi Gaming membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM166,800 (AS$40,000).

Dalam kejohanan yang berlangsung di Sunway Lagoon Amphitheatre itu, pasukan ViCi Gaming menewaskan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), NASR 3-0 pada Grand Final.

Pada pusingan pertama iaitu di Inferno, Vici Gaming meraih mata kemenangan 16-11. Semenatara itu, mereka meraih mata kemenangan mudah pada pusingan kedua di Nuke dengan mata 16-6.

Tidak mahu mengheret perlawanan, ViCi Gaming menamatkan kemaraan NASR pada pusingan ketiga di Overpass dengan mata kemenangan 19-16.

Dalam kejohanan itu juga menyaksikan pemain ViCi Gaming JamYoung muncul sebagai pemain terbaik (MVP).

Sementara itu, pasukan Singapura dream[S]cape meraih tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM20,850 dan pasukan India, Global berada di tempat keempat dan turut bawa pulang RM20,850.

Kejohanan Playtonia Conqueror’s Insignia yang berlangsung sejak semalam turut menyaksikan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago merasmikan kejohanan itu.

Continue Reading

CSGO

CSGO: Playtonia Conqueror’s Insignia pertaruh RM291,900, Grand final pada hujung minggu ini

Published

on

Kejohanan bakal bermula pada jam 11 pagi di Sunway Lagoon Amphitheatre. Kemasukan adalah percuma.

KUALA LUMPUR – Grand Final Kejohanan Playtonia Conqueror’s Insignia 2019 yang bakal menyaksikan 4 pasukan terbaik rantau ini merebut gelaran juara bakal akan berlangsung pada 7 dan 8 Disember ini.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM291,900 secara keseluruhan itu menjemput salah satu pasukan terbaik di China, ViCi Gaming.

Selain itu, kejohanan itu bakal menyaksikan penyertaan dari Pemenang Kelayakan Emiriah Arab Bersatu (UAE), NASR, Pemenang Kelayakan India, Global, dan Pemenang Kelayakan Asia Tenggara, dream[S]cape (Singapura).

Berikut adalah pecahan hadiah wang terkumpul kejohanan ini:

  • Tempat Pertama: RM 166,800 (AS$40,000)
  • Tempat Kedua: RM83,400, (AS$20,000)
  • Tempat Ketiga: RM20,850 (AS$5,000)
  • Tempat Keempat:  RM20,850 (AS$5,000)

Pada peringkat semi final, perlawanan akan menggunakan format Terbaik dari 3 manakala pada Grand Final akan menggunakan Terbaik dari 5.

Selain itu, satu perlawanan pertunjukan akan diadakan antara dua pasukan CSGO wanita tanah air iaitu antara Battle Arena Elites.Sphynx dan We.Baeters.

Bagi anda yang mahu hadir ke kejohanan ini, daftarkan diri anda di sini.

Kejohanan bakal bermula pada jam 11 pagi di Sunway Lagoon Amphitheatre.

Kemasukan adalah percuma dengan 200 pengunjung pertama akan mendapat hadiah beg cenderamata.

Continue Reading

CSGO

CSGO: BAE.Sphynx naib juara Legion of Valkyries Asia Tenggara

Published

on

Meski berjaya mengekalkan momentum permainan ke peringkat semi final, mungkin rezeki kali ini tidak berpihak pada BAE.Sphynx apabila mereka terkandas di final Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR – Pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air BAE.Sphynx muncul sebagai naib juara dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara selepas tewas kepada pasukan Thailand Illuminte.eSports pada minggu lalu.

BAE.Sphynx yang bermula dengan baik pada awal pusingan kejohanan itu tewas 2-1 kepada pasukan Thailand itu pada final.

BAE.Sphynx membuka tirai kejohanan itu dengan memaksa pasukan Vietnam DXG.TiAMAT, ke kelompok bawahan selepas menang 2-0.

Selepas itu BAE.Sphynx kemudian mengatur satu lagi langkah kemenangan apabila berdepan dengan  Illuminte.eSports buat kali pertama dalam kejohanan itu menang 2-0. Mereka kemudian layak ke semi final.

Pada semi final, BAE.Sphynx berdepan dengan pasukan jiran Rising 5, dan terus mengekalkan rekod kemenangan menewaskan musuh 2-0.

Meski berjaya mengekalkan momentum permainan ke peringkat semi final, mungkin rezeki kali ini tidak berpihak pada BAE.Sphynx.

Mereka terkandas di final Asia Tenggara sekali gus membenarkan pasukan Thailand Illuminte.eSports untuk beraksi di pentas dunia yang akan berlangsung bulan hadapan.

Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini dan produk-produk berkaitan dengan Lenovo di  laman: Legion Lenovo.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!