Connect with us

Mobile Legends

Barangan eksklusif Armaggeddon X Shopee Bosskurr dilancarkan

Published

on

Kolaborasi yang itu adalah juga sempena pelancaran Armaggeddon kedai talian rasmi di platform membeli-belah nombor satu Malaysia, Shopee. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

PETALING JAYA – Pasukan profesional e-sukan tanah air Shopee Bosskur telah menjalinkan satu kolaborasi bersama Armaggeddon bagi untuk melancarkan barangan eksklusif edisi terhad.

Kolaborasi yang itu adalah juga sempena pelancaran kedai talian rasmi Armaggeddon di platform membeli-belah nombor satu Malaysia, Shopee.

Barangan eksklusif edisi terhad bersama harga promosi itu adalah:

  • Hoodie Istimewa Armaggeddon X Shopee Bosskurr (RM89)
  • T-Shirt Gaming Edisi Terhad Armaggeddon X Shopee Bosskurr (RM39)
  • Fon telinga Gaming WASP-5 g with Dual Driver & Microphone Armaggeddon X Shopee Bosskurr bersama Powerbank (RM69)
  • Papan Kekunci AK300 dan Tetikus Scorpion 3 bersama pad tetikus dan hab USB (RM59)
Pemain profesional Shopee Bosskurr Fredo (duduk kanan) bersama rakan-rakan yang lain ketika sesi menandatangani baju eksklusif Armaggeddon X Shopee Bosskurr – Foto What’s The Meta / MARIAH AHMAD

T-Shirt Gaming Edisi Terhad Armaggeddon X Shopee Bosskurr juga boleh dibeli dengan harga RM19 (potongan RM20) jika anda membeli dengan Hoodie Istimewa Armaggeddon X Shopee Bosskurr edisi terhad.

Sempena pelancaran kolabrasi itu yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya itu juga Armaggeddon turut memperkenalkan produk monitor Pixxel+Elite EFX 27UHD pada harga RM1199.

80 pembeli pertama juga akan membawa pulang Audiobox U150 Sound Bar yang berharga RM49.90.

Pada April lalu, pasukan Mobile Legends Boskurr Gaming dijenamakan semula sebagai Shopee Bosskurr selepas mendapat tajaan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee.

Shopee Bosskurr telah melancarkan jersi rasmi mereka yang kini boleh didapati di platform e-dagang tersebut.

Shopee Bosskurr merupakan antara pasukan yang terkemuka di Malaysia dan akan mewakili Malaysia bagi Sukan SEA 2019 nanti.

Bagi anda yang mahu membeli barangan eksklusif tersebut boleh layari Kedai rasmi Armaggeddon di Platform Shopee.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

Caprice berminat untuk tubuh pasukan Mobile Legends?

Published

on

Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka. - Foto Facebook / Caprice Ariz

KUALA LUMPUR – Satu Instagram Story yang dimuatnaik penyayi rap tanah air, Ariz Ramli (Caprice) baru-baru ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau berminat untuk menubuhkan pasukan e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).

Dalam Instagram Story tersebut, Caprice membuat naik satu logo Xde Hal Bro Esports dengan bertanyakan soalan kepada pengikutnya: “Ramaikah yang main Mobile Legends?”

Sebelum ini Caprice mengumumkan dia akan mendaftarkan satu syarikat baharu dalam bidang e-sukan.

Caprice juga menyatakan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PUBG dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000.

Dia berkata uji bakat pencarian bakat PUBG bagi pasukannya akan diadakan pada Ogos nanti.

Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.comClassruum.com dan Umrahloka.

Continue Reading

Mobile Legends

MPL – Todak, Sabah Top Player layak ke musim liga

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) tanah air, Todak dan Sabah Top Player berjaya mara ke Musim Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura selepas melepasi peringkat kelayakan yang berlangsung pada petang tadi.

Dalam pusingan itu, Sabah Top Player menewaskan pasukan Boss Pusher 2-1 manakala Todak menewaskan Liaberlioz 2-0.

Kedua-dua pasukan tersebut akan menyertai 6 pasukan yang telah menerima jemputan khas dari penganjur untuk ke musim liga tersebut.

Pasukan-pasukan tersebut adalah Geek Fam, EVOS SG, Resurgence, Axis Bosskurr, Shopee Bosskurr dan Xpax X-Assins.

Continue Reading

Mobile Legends

Penganalisis Bosskurr, Laphel jadi pengulas MPL

Published

on

Laphel (kanan) berganding bahu dengan Ikuto untuk mengulas perlawanan pusingan kelayakan MPL Malaysia dan Singapura. - Foto Facebook / MLBB

KUALA LUMPUR – Penganalisis bagi organisasi e-sukan Bosskurr Gaming (Bosskurr), Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) terpilih untuk menjadi pengulas bagi Liga Profesional Mobile Legends Bang: Bang (MPL) Malaysia dan Singapura.

Laphel yang berusia 25 tahun itu membuat kemunculan sulung dalam MPL pada hari ini untuk mengulas perlawanan pusingan kelayakan antara pasukan Sabah Top Player dan Boss Pusher yang telah mula berlangsung pada jam 5 petang tadi.

Laphel turut membuat naik satu Facebook story sebelum perlawanan tersebut bermula.

Pada April lalu, Bosskurr mengumumkan Laphel dilantik untuk menjadi penganalisis bagi organisasi berkenaan bagi divisyen MLBB berikutan penulisan dan analisisnya yang dilihat membantu pasukan itu untuk mendapatkan momentum kemenangan.

Sebelum menyertai Bosskurr, Laphel melakukan penstriman langsung di Facebook selain melakukan beberapa analisis untuk rujukannya sendiri. 

Dia juga pernah menjadi pengulas untuk beberapa kejohanan.

Continue Reading

Trending