Connect with us

General

#Belanjawan2020: Kerajaan iktiraf potensi tinggi e-sukan, peruntukan meningkat kepada RM20 juta

Published

on

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dalam Pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen seketika tadi. - Foto YouTube / PARLIMEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukan RM20 juta menerusi Kementerian Belia dan Sukan bagi membangunkan industri e-sukan tanah air pada tahun 2020.

Perkara itu diumum Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dalam Pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen seketika tadi.

“Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf potensi tinggi  e-sukan dan akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2020.

“Kerajaan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan Malaysia dan semoga memenangi sebanyak mungkin pingat emas Sukan SEA di Manila pada bulan Disember 2019,” katanya.

Peruntukan RM20 juta itu adalah peningkatan 100 peratus pada tahun lalu iaitu sebanyak RM10 juta.

Sebelum ini Syed Saddiq berkata, RM10 juta itu dibahagikan RM5 juta untuk KBS dan RM5 juta untuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Click to comment

Cuba komen sikit

General

#BelanjawanAnakMuda2020: Selain RM20 juta untuk e-sukan ini 6 berita baik untuk golongan belia

Published

on

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM20 juta akan diperuntukan dalam Belanjawan 2020 bagi industri e-sukan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ia merupakan peningkatan 100 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM10 juta yang sebelum ini dibahagikan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebanyak RM 5 juta dan KBS sebanyak RM5 juta.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau berasa gembira dengan belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen pada petang tadi.

“Saya rasa sangat gembira dengan belanjawan yang dibentangkan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Geng.

“Kami telah lama berunding dan ini adalah satu kejayaan yang besar,” kata Syed Saddiq menerusi satu ciapan video di Twitter rasminya selepas selesai pembentangan Belanjawan 2020.

Selain peruntukan RM20 juta itu, berikut adalah 6 berita baik golongan belia mengenai Belanjawan 2020:

GraduanKerja

  • Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 sebulan
  • Majikan: Insentif pengambilan kerja sebanyak RM300 sebulan
  • RM6.5 bilion akan diperuntukan dalam Belanjawan 2020 untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan bagi belia.

Pemerkasaan TVET

  • RM50 juta menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
  • Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional.
  • Dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri
  • Meningkatkan penglibatan persatuan/industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA

Perumahan Belia

  • Pelanjutan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021
  • Jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus oleh Cagamas untuk membolehkan pembiayaan penuh dan bantuan ansruan bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah

Pembangunan Belia

  • RM138 juta diperuntukan untuk persatuan belia, nisiatif program kesukarelawan, sekolah pimpinana masa hadapan negara (MFLS)
  • RM20 juta untuk inisiatif Reben Kuning iaitu integrasi semula bekas banduan

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)

  • Peningkatan peruntukan 200% berbanding tahun lalu iaitu dari RM15 juta kepada RM45 juta bagi merancakkan lagi Program Pembangunan Akar Umbi Bola Sepak Negara.

Pembangunan Sukan dan Sukan Prestasi Tinggi

  • RM179 juta untuk persediaan atlet bagi kejohanan antarabangsa seperti Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Hanoi 2021.
  • RM299 juta untuk baik pulih dan naik taraf fasiliti sukan termasuklah kompleks Belia dan Sukan serta kompleks Sukan Komunitii di seluruh negara.
  • RM10 juta untuk pemerkasaan wanita dalam sukan.
Continue Reading

General

Piawaian lesen kafe e-sukan perlu diseragamkan

Published

on

Penyelerasan piawaian permohonan lesen kafe itu akan diperincikan dalam Rangka Tindakan (blueprint) Pembangunan E-sukan Negara yang akan dilancarkan pada awal November. - Foto fail / Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Piawaian perlesenan pusat dan kafe e-sukan perlu diselaraskan, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata piawaian yang membezakan antara kafe siber dan kafe e-sukan ketika ini masih belum jelas.

“Kita lihat ada piawaian berlainan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peringat negeri. Ia juga tidak seragam dengan piawaian yang ditetapkan di peringkat persekutuan.

“Dalam mesyuarat bersama Exco Belia dan Sukan pada setiap negeri, perkara ini telah pun dibangkitkan dan dibincangkan. Ada yang berkata sukar untuk mendapatkan lesen di Melaka walaupun telah mengeluarkan enam lesen.

“Namun ada juga negeri telah pun mengambil inisiatif tersendiri untuk mengubah undang-undang sedia ada untuk memudahkan proses pendaftaran ini,” katanya dalam satu sesi Dewan Rakyat semalam.

Jelasnya penyelerasan piawaian permohonan lesen kafe itu akan diperincikan dalam Rangka Tindakan (blueprint) Pembangunan E-sukan Negara yang akan dilancarkan pada awal November.

“Apabila rangka tindakan e-sukan dibentangkan minggu pertama November, perkara ini akan diperincikan dengan lebih telus.”

Syed Saddiq berkata beliau mengharapkan dengan keseragaman piawaian itu dapat menggalakkan lagi penglibatan anak-anak muda yang mahu membuka kafe e-sukan dan seterusnya merancakkan industri e-sukan di seluruh Malaysia.

Continue Reading

General

Agihan peruntukan e-sukan Belanjawan 2019 baru lulus minggu ini

Published

on

"Saya akan cuba sebaik mungkin," kata Syed Saddiq ketika menjawab persoalan Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Nancy Shukri mengenai hal ehwal e-sukan di Sarawak. - Foto YouTube / PARLIMEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Pengagihan peruntukan e-sukan Belanjawan 2019 baru mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada minggu ini, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan untuk diagihkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan RM5 juta untuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Pada tahun lepas memang ada belanjawan khas sebanyak RM10 juta untuk diperuntukan dalam bidang e-sukan tapi dana tersebut diturunkan kepada agensi lain, bukan kepada KBS.

“Akhirnya dalam minggu ini, pengagihan RM5 juta telah diberikan kepada MDEC dan RM5 juta juga telah diluluskan kepada KBS.

“Saya juga telah memberikan maklum balas kepada Kementerian Kewangan supaya perkara ini tidak berulang lagi dalam Belanjawan 2020 kerana KBS perlu melatih atlet pada waktu awal, bukan sahaja apabila tiba bulan Oktober,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Nancy Shukri dalam satu sesi Dewan Rakyat di Parlimen semalam.

Nancy Shukri berkata Sarawak telah mengangkat e-sukan sebagai salah satu komponen dalam Sukan Sarawak 2019.

Lantaran itu, Nancy Shukri bertanyakan kepada Syed Saddiq sama ada KBS dapat membantu dalam memberi sokongan kepada usaha ini untuk menjadikan acara itu lebih berprestij di peringkat antarabangsa.

Bagi menjawab persoalan itu, Syed Saddiq berkata salah satu penekanan khusus KBS adalah untuk mengagihkan dana di peringkat luar bandar, di Sabah dan Sarawak.

“Melalui (acara) Esports Tourism Visit Sarawak, ada peruntukan akan diturunkan.  Saya juga faham peruntukan secara one-off (pemberian sekali) memang tidak mencukupi dan perlu ditambah,” katanya.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, menerusi kelulusan pengagihan peruntukan itu KBS akan mencuba sebaik mungkin dalam membantu semua negeri dalam hal pembangunan e-sukan.

“Saya akan cuba sebaik mungkin, jika ada permohonan dari Nancy Shukri. Nancy Shukri juga adalah mentor dari dahulu lagi. Saya doakan yang terbaik,” katanya.

Pada November 2018, dalam satu pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk pembangunan e-sukan.

Jelasnya, dana berkenaan akan disalurkan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

MDEC adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved