Connect with us

FIFA

#BulanSukanNegara: “Suruh pemain datang 8 pagi, tapi 11.20 pagi pun acara belum mula,” – AmTuah

Published

on

PEMAIN profesional e-sukan FIFA Nur Amirul Afandi (AmTuah) meluahkan rasa kekecewaan mengenai pengurusan penganjuran Grand Final Bulan Sukan Negara FIFA 19 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

AmTuah yang juga merupakan jurulatih pasukan e-sukan Kuala Lumpur berkata pemain terpaksa menunggu lebih tiga jam sebelum acara perlawanan bermula.

“Saya amat tidak berpuas hati dengan pengurusan acara Kejohanan Grand Final FIFA 19 dan PES 19.

“Atlet diminta menghadirkan diri seawal jam 8 pagi, namun sehingga jam 11.20 pagi, perlawanan masih belum bermula. Kejohanan dijadualkan bermula jam 10 pagi.

“Saya mohon pihak penganjur menghormati masa atlet-atlet yang hadir dari seluruh negara,” kata AmTuah ketika dihubungi What’s The Meta.

Menurutnya lagi pemain-pemain kejohanan itu diminta untuk tiba di Dewan Sri Putra Bukit Jalil sebelum jam 8 pagi bagi menghadiri upacara perasmian.

Namun AmTuah berkata pintu masuk ke dewan tersebut masih lagi tertutup pada ketika itu.

“Acara menjadi semakin tertangguh berikutan upacara perasmian pun tertangguh kerana menunggu tetamu kenamaan (VIP) untuk hadir.

“Jadi sepatutnya jadual perlawanan bermula pada jam 10 pagi untuk peringkat kumpulan namun 11.30 pagi baru bermula,” kata AmTuah.

Grand Final FIFA 19 dan PES 19 merupakan satu kejohanan sempena Bulan Sukan Negara yang menyaksikan jaguh-jaguh e-sukan dari setiap negeri bertempur untuk merebut gelaran juara kebangsaan.

Kejohanan itu dianjurkan Axis Esports dan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan.

Click to comment

Cuba komen sikit

FIFA

#ePialaMalaysia: Jurutera 33 tahun akhirnya kecapi impian sebagai pemain e-sukan kompetitif

Published

on

SYAHRIL: Dulu hanya ada sekadar penganjuran pertandingan, tiada pendedahan seperti ini. Saya melihat kejohanan ePiala Malaysia ini sebagai satu peluang yang tidak boleh sia-siakan. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SHAH ALAM – Impian yang tersemat di jiwa, jangan pernah sekali pudar dimakan usia.

Itu keazaman jurutera Muhammad Syahril Mispardi yang tidak pernah pendam hasratnya untuk menjadi antara yang terbaik dalam arena e-sukan bola sepak FIFA.

Syahril yang mula berjinak dalam FIFA sejak 2006 lagi berkata beliau berasa bangga apabila terpilih untuk mewakili pasukan Pahang FA sebagai atlet e-sukan yang bertanding dalam kejohanan ePiala Malaysia 2019.

“Walaupun orang kata usia saya sekarang ini pada peringkat pertengahan umur, tapi saya tetap bangga kerana dapat bersaing di peringkat yang tinggi ini dan masih boleh mengikut rentak pemain-pemain muda.

“Namun pengalaman bermain selama 13 tahun hanya boleh memberi sedikit sahaja kelebihan memandangkan setiap tahun FIFA mempunyai kemas kini yang berbeza.

“Saya perlu cepat menyesuaikan diri dengan perubahan itu seperti mereka,” katanya kepada What’s The Meta selepas menghadiri Majlis Undian ePiala Malaysia di Saujana Hotel, di sini hari ini.

Jelas Syahril lagi, suasana e-sukan ketika ini sangat berbeza dengan 13 tahun lalu apabila industri itu semakin dipandang serius.

“Ini memang satu impian saya sebagai seorang pemain kompetitif yang telah lama berada dalam arena e-sukan.

“Dulu hanya ada sekadar penganjuran pertandingan, tiada pendedahan seperti ini. Saya melihat kejohanan ePiala Malaysia ini sebagai satu peluang yang tidak boleh sia-siakan.

“Saya bukan orang Pahang, tetapi saya menyifatkan pemilihan ini sebagai satu amanah dan saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya,” tambahnya.

Syahril berkata dia sangat mengkagumi Pahang FA sebagai satu kelab bola sepak di Malaysia, terutama mutu persembahan yang sangat baik pada tahun ini.

Lantaran itu, Syahril mengimpikan dan mahu berusaha keras untuk menaikkan nama Pahang FA.

ePiala Malaysia 2019 yang dianjurkan Malaysian Football League (MFL) dan Gamesbond Global bakal membuka tirai pada esok, menawarkan hadiah wang terkumpul RM10,000.

Syahril mendapat kedudukan TOP 16 Grand Final Konvensyen Sukan Elektronik Dunia di Paris pada tahun 2012 dan 2015 bakal bertemu dengan pemain yang mewakili pasukan Melaka Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale).

Continue Reading

FIFA

e-Piala Malaysia: RM10,000 jadi taruhan, 8 pemain handalan, negeri mana bakal digelar terbaik di Malaysia?

Published

on

Antara pemain handalan FIFA tanah air, (dari kiri) Ahmad Shahrin Shaharudin, Muhammad Luqman Haziq Hajiman, Putera Sufrie Nizam Subardron dan Putera Sufrie Nizam Subardron. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SHAH ALAM – Seramai lapan atlet e-sukan FIFA tanah air terpilih untuk menyertai kejohanan berprestif e-Piala Malaysia anjuran Malaysian Football League (MFL) dan Gamesbond Global yang akan bermula esok.

Pengarah Urusan Gamesbond Muhammad Fazli Razak berkata kriteria utama pemain-pemain tersebut dipilih adalah berdasarkan kedudukan ranking dalam sistem ranking FIFA yang sedia.

“Jika mereka tidak berada di dalam ranking Global FIFA itu, kami telah mengambil kira pencapaian antarabangsa dan dalam negara bagi mereka untuk sertai kejohanan berprestij ini,” kata Fazli dalam satu sidang media dan acara cabutan undi ePiala Malaysia 2019.

EPiala Malaysia 2019 yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM10,000 akan menggunakan platform PS4 dan format home-away.

Lapat atlet telah diundi untuk mewakili lapan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019; Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Melaka, Pahang, Perak, PKNP FC, Selangor dan Terengganu FC.

Berikut adalah senarai pemain bersama pasukan yang diwakili dalam kejohanan ePiala Malaysia 2019: 

  • Ahmad Shahrin Shaharudin (Ayen) – Kedah
  • Kathireswaran Sugumaran (Infamous9) – PKNP FC
  • Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale), Melaka
  • Muhammad Syahril Mispardi (Syahril) –  Pahang
  • Muhammad Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) – Terengganu FC
  • Putera Sufrie Nizam Subardron (Killer) – Johor Darul Ta’zim 
  • Nur Amirul Afandi (Amtuah) – Perak
  • Iskandar Mirza Mohd Mustafa (IsMirza), Selangor

Juara bagi kejohanan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi.

Bagi anda yang mahu mengikuti jaguh-jaguh tanah air beraksi boleh menonton secara langsung di laman Facebook MFL bermula 7.45 malam esok.

Continue Reading

FIFA

E-Piala Malaysia mampu mantapkan suasana kompetitif FIFA tempatan

Published

on

Luqman merupakan antara nama besar dalam arena kompetitif e-sukan FIFA tanah air. Pada Mac lalu, Fenrir merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang layak ke Kejohanan FIFA Global Series (FGS) eChampions League. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Penganjuran E-Piala Malaysia dijangka bakal memeriahkan lagi suasana kompetitif FIFA di Malaysia, kata pemain profesional Gamesbond Esports, Luqman Haziq Hajiman.

Luqman berkata melalui pengajuran kejohanan itu, ia dapat memberikan pendedahan kepada lebih ramai pemain profesional tanah air untuk beraksi di peringkat yang lebih kompetitif.

“Saya berasa gembira dengan pengumuman penganjuran E-Piala Malaysia dan saya berharap dapat memberikan yang terbaik sekiranya diberikan peluang untuk beraksi di pertandingan berprestij ini.

“Selain E-Piala Malaysia, satu pertandingan liga turut diumumkan dan kini berada di peringkat perancangan. 

“Ini pengumuman yang penting kerana sejak tahun lepas lagi saya menyeru agar liga bola sepak ePremier League yang mendapat sokongan EA Sports dapat diadakan di negara kita dan alhamdulillah, menerusi FIFA 20 ini, mungkin impian saya tercapai,” kata Luqman ketika dihubungi What’s The Meta.

BACA: FIFA 20: E-Piala Malaysia MFL bakal manfaat ramai pihak

Luqman yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan La Liga Esports di Sepanyol pada bulan lalu turut berkata saingan liga juga dapat membantu pemain-pemain profesional untuk mengumpul mata tambahan bagi melayakkan diri ke FIFA eWorld.

Jelasnya, sebagai pemain dia menyambut dengan terbuka melalui kerjasama pihak MFL dan Gamesbond Global Sdn Bhd melalui penganjuran pertandingan E-Piala Malaysia nanti.

Sementara itu, bekas wakil Malaysia untuk Virtual Bundesliga (VBL) Asia Tenggara 2019, Putra Sufrie Nizam Subardron turut senada dengan Luqman mengenai E-Piala Malaysia.

Putra berkata kejohanan itu merupakan satu peluang yang baik bagi pemain-pemain FIFA untuk menaikkan nama mereka dalam arena e-sukan ini.

“Bagi saya dengan adanya MFL ini, ia dapat membuka mata ramai orang dan akan memberi kesedaran bahawa e-sukan ini ada masa depannya.

“Seharapnya saya dapat menjadi salah seorang pemain untuk E-Piala Malaysia ini,” kata Putra.

Minggu lepas, MFL mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Gamesbond untuk memperkenalkan kejohanan e-sukan E-Piala Malaysia bersempena saingan Piala Malaysia 2019 musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam berkata pihaknya menyedari perkembangan e-sukan semakin mendapat perhatian serius di kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

Lantaran itu, beliau berkata MFL turut tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang kepada perkembangan e-sukan.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved