Connect with us

Simulasi Perlumbaan

eRacing Grand Prix SEA beri peluang pelumba alam maya jadi bintang sukan permotoran

Published

on

KUALA LUMPUR – Kejohanan e-sukan simulator perlumbaan eRacing Grand Prix Asia Tenggara bakal memberi peluang para pelumba alam maya untuk menjadi bintang dalam sukan permotoran.

Pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong berkata pengenalan kejohanan itu di Asia Tenggara adalah untuk membangunkan dan mentransformasikan para pelumba alam maya menjadi jaguh di litar sebenar.

“Peningkatan ketara e-sukan di rantau ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk eRacing menjadi antara permainan video terbesar di dunia.

“eRacing Grand Prix SEA juga dilihat sebagai platform terbaik para pelumba alam maya membuktikan bahawa mereka boleh menjadi jaguh dalam sukan permotoran,” kata Alex dalam satu majlis perlancaran eRacing Grand Prix SEA di Sunway Velocity, Cheras pada Khamis.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim.

eRacing Grand Prix SWA akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun ini. Kejohanan ini turut akan diadakan di Filipina, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand.

Pemenang di setiap Grand Prix akan dilatih dan mendapat tempat untuk menyertai Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara (F4SEA) sebagai medan persiapan untuk menjadi pelumba kereta profesional.

Peraturan dan yuran penyertaan akan dikemaskini dan akan diumumkan menerusi akaun media sosial Axle Motorsport selepas bulan Ramadan.

Axle Motorsport merupakan rakan strategik industri permotoran di rantau ini dan diasaskan oleh pelumba Formula 1 Malaysia, Alex Yoong.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

Click to comment

Cuba komen sikit

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved