Connect with us

DOTA 2

Hadiah wang terkumpul TI9 cecah RM123 juta

Published

on

Foto - Blog.dota2.com

HADIAH wang terkumpul bagi kejohanan terkemuka e-sukan Dota 2 mencatat sejarah tersendiri apabila ia telah mencecah kira-kira RM123 juta (AS$30 juta).

Ia sekali gus menjadi jumlah hadiah wang terkumpul paling banyak ditawarkan dalam sejarah kejohanan e-sukan.

Sebelum ini, hadiah wang terkumpul tersebut bermula dengan RM 6.5 juta (AS$1.6 juta).  

25 peratus bagi setiap pembelian Battle Pass turut telah ditambah ke dalam jumlah hadiah wang tersebut.

Sebanyak 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia telah menerima jemputan terus ke The International 2019 yang akan berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai China selepas mengumpul mata Dota Pro Circuit. Mereka adalah: 

  • Team Secret (14,400 mata)
  • Virtus Pro (13,500 mata)
  • Vici Gaming (11,250 mata)
  • Evil Geniuses (6,825 mata)
  • Team Liquid (5,820 mata)
  • PSG.LGD (5,040 mata)
  • Fnatic (2,880 mata)
  • Ninjas in Pyjamas (2,620 mata)
  • TNC Predator (2,046 mata)
  • OG (1218 mata)
  • Alliance (1179 mata)
  • Keen Gaming (1140 mata)

Sementara itu beberapa pusingan kelayakan telah diadakan di peringkat Asia Tenggara, China, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah yang menyaksikan pasukan Forward Gaming, Infamous, Chaos Esports Club, Natus Vincere, Royal Never Give Up dan Mineski bakal ke kejohanan berprestij itu.

Kejohanan itu juga menyaksikan 5 pemain Malaysia akan beraksi merebut kejuaraan The International edisi kesembilan, iaitu MidOne (Team Secret), xNova (PSG.LGD), Moon (Mineski), Ah Fu (Royal Never Give Up) dan VtFaded (Chaos EC).

Grafik : What’s The Meta / Faizal Ramli

Kejohanan The International 9 bakal bermula pada 15 Ogos sehingga 25 Ogos 2019.

Click to comment

Cuba komen sikit

DOTA 2

Dota 2 : Adam, Roddgeee akan mula saingan Dota Summit 10

Published

on

Foto - Twitter / Beyond The Summit "Team Serenity"

DUA orang pemain Malaysia, Adam Shah Erwan (Adam) yang mewakili Complexity dan Roger Tan (Roddgeee) yang bermain untuk pasukan Team Serenity akan menyahut cabaran Dota Summit 10 anjuran Beyond The Summit di Los Angeles, Amerika Syarikat hari ini.

Kejohanan itu akan turut disertai empat pasukan yang lain iaitu J.Storm, Beastcoast, Pain Gaming dan juga bekas juara The International 3, Alliance.

Dota Summit 10 akan berlangsung selama empat hari bermula dari 25 hingga 28 Julai.

Pasukan yang bertanding mula tiba di Los Angeles sejak 2 hari yang lepas.

Turut sama kelihatan dalam rombongan pasukan Team Serenity adalah seorang lagi pemain Malaysia dan bekas pemain Mineski, Lai “Ahjit” Jay Son.

Kejohanan itu juga merupakan kejohanan pemanas badan sebelum tumpuan terarah ke The International 9 yang akan berlangsung di Shanghai, China pada Ogos nanti.

Continue Reading

DOTA 2

Dota 2: Bekas-bekas pemain Forward Gaming akan bermain untuk Newbee di TI9

Published

on

Sebelum ini Forward Gaming telah memenangi kelayakan utama rantau Amerika Utara setelah menewaskan pasukan J.Storm menerusi kemenangan 3-1 dalam perlawanan akhir. - Foto EPICENTER / TWITTER

SUSULAN pengumuman penutupan Forward Gaming baru-baru ini, organisasi e-sukan Newbee menyatakan mereka akan mengambil alih kesemua pemain-pemain pasukan tersebut yang telah layak ke kejohanan terkemuka The International 9.

Dalam satu ciapan rasminya hari ini, Newbee berkata mereka akan mengambil alih pemain-pemain tersebut untuk bernaung di bawah mereka iaitu: 

  • Yawar ”YawaR” Hassan
  • Quinn ”CCnC” Callahan
  • Jingjun ”Sneyking” Wu
  • Arif “MSS-” Anwar
  • Johan “pieliedie” Åström

Pada Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forward Gaming, David Dashtoyan membuat pengumuman rasmi bahawa organisasi e-sukan itu ditutup.

Dalam kenyataan itu, beliau memohon maaf atas penutupan organisasi itu gara-gara gagal membayar hutang gaji pemain dan kos operasi yang dianggarkan kira-kira RM148,000 ($36,000).

Sebelum ini Forward Gaming telah memenangi kelayakan utama rantau Amerika Utara setelah menewaskan pasukan J.Storm menerusi kemenangan 3-1 dalam perlawanan akhir.

Mereka juga akan bermain di kejohanan The International 9 yang berlangsung di Shanghai pada pertengahan Ogos ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM123 juta.

Foto: Twitter / Epicenter

Continue Reading

DOTA 2

Dota 2: Forward Gaming ditutup

Published

on

Foto: Twitter / EPICENTER

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi menjelang kejohanan berprestij The International 9, peminat Dota 2 di seluruh dunia telah dikejutkan dengan pengumuman penutupan organisasi e-sukan Forward Gaming yang berpengkalan di Amerika Syarikat mulai hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forward Gaming, David Dashtoyan membuat pengumuman rasmi itu dalam satu kicauan di laman Twitter rasmi beliau.

Dalam kenyataan itu beliau memohon maaf atas penutupan organisasi itu gara-gara gagal membayar hutang gaji pemain dan kos operasi yang dianggarkan kira-kira RM148,000 ($36,000).

Dia berkata lagi pada bulan Jun, pemain sudah diberitahu mengenai situasi kewangan pasukan berkenaan dan mengharapkan isu ini akan selesai selepas berakhirnya kelayakan utama The International.

Namun ternyata sangkaannya meleset.

Dia juga mengucapkan semoga maju jaya kepada bekas pemain Forward Gaming yang akan bermain di kejohanan The International 9 yang berlangsung di Shanghai pada pertengahan Ogos ini.

Sehingga kini Valve masih mengekalkan status kelayakan bekas pemain tetapi mereka harus mencari pasukan yang baru secepat yang mungkin.

Sebelum ini Forward Gaming telah memenangi kelayakan utama rantau Amerika Utara setelah menewaskan pasukan J.Storm menerusi kemenangan 3-1 dalam perlawanan akhir.

Senarai bekas pemain Forward Gaming:

Yawar “YawaR” Hassan

Quinn “CCnC” Callahan

Jingjun “Sneyking” Wu

Arif “MSS” Anwar

Johan “pieliedie” Astrom

Continue Reading

Trending