Connect with us

Mobile Legends

MDC: Keyakinan luar biasa Moon TODAK

Published

on

Zikry Shamsuddin atau senang dikenali sebagai Moon tahu apa yang dilakukannya pasti membuahkan hasil. - Foto fail What's The Meta / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Mungkin ramai akan kata Zikry Shamsuddin terlalu berkeyakinan tinggi dalam e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).

Tetapi dengan percaturan dan perkiraan yang betul, Zikry atau senang dikenali sebagai Moon tahu apa yang dilakukannya pasti membuahkan hasil.

Dalam satu perlawanan Kejohanan MLBB Diamond Challenge Series (MDC) Malaysia Singapura menyaksikan bagaimana Moon menggunakan hero assassins Gusion dengan baik.

Pada awal perlawanan menentang pasukan Ghidorah, kedua-dua pihak bermain dengan sangat berhati-hati dan bukan satu langkah baik untuk Moon sebenarnya dalam satu pertarungan kumpulan di bahagian turtle apabila dia menjadi korban pertama First Blood.

Pertempuran berlaku antara Ghidorah dan TODAK sebelum Moon menjadi korban pertama First Blood.

Namun ia tidak melemahkan semangat Moon dan rakan sepasukan apabila mereka mengutip kembali mata turtle pada minit ke-5 dan 15 saat.

Kerjasama TODAK dalam perlawanan ini pun dilihat semakin lama semakin kukuh apabila mereka berjaya mengutip 3 menara (turret) pada minit ke-6 dan 42 saat.

Moon kemudiannya memulakan pergerakan di Land of Dawn bersama-sama dengan Nenas dan Chiku. Terus mendapat killing spree dan double kill selepas membunuh hero tank Lolita dan Minotaur pihak lawan.

Pertempuran kedua-dua pihak kemudian bermula pada laluan tengah pada minit ke-7 dan 8 saat.

Sekelip mata tiba-tiba situasi berpihak kepada Ghidorah apabila Leomord yang digunakan Xray dan Grock milik Eone terkandas dengan serangan padu hero Lunox yang digunakan pihak lawan.

Ketiga-tiga ahli TODAK yang masih mempunyai nyawa memilih untuk berundur diri, namun sisa baki terakhir nyawa Nenas yang menggunakan Franco, sempat ditamatkan Ghidorah.

Pada minit ke 7 dan 26 saat, ini lah detiknya apabila Moon menyusun semula strategi untuk membalas dendam untuk rakan-rakan sepasukannya.

Moon mula menunggu dengan tenang di dalam semak. Cuba mengintai Lunox dan Cloud pihak lawan dengan tenang.

Moon mengintai dalam semak

Beberapa saat pihak lawan cuba mendapatkan turtle, Moon terus memulakan serangannya! Moon mengeluarkan skil pertama Sword Spike serta Shadowblade Slaughter dan mengejar hero marksman Claud terus keluar third skill Incandescence, dan mendapatkan double kill selepas membunuh Lunox.

Moon terus mengatur langkah bergaya selepas itu dengan mengambil turtle yang sepatutnya diburu pihak lawan tadi.

Semestinya Moon dapat beraksi dengan baik kerana kerjasama kukuh daripada ahli-ahli pasukan lain dalam TODAK.

Skil Hook daripada hero Franco yang digunakan Nenas turut diberi pujian kerana banyak kali tepat mengena sasaran menangkap pihak lawan.

Dalam perlawanan itu, TODAK menang dalam masa 11 minit dan 38 saat dan Moon muncul sebagai MVP.

Antara barangan yang digunakan Moon untuk hero Gusion adalah, Fleeting Time, Arcane Boots, Concentrated Energy, Genius Wand dan Holy Crystal.

Menerusi kejohanan itu menyaksikan TODAK membelasah pasukan Ghidorah 3-0 pada final.

Moon dan pasukannya, TODAK muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM6,000 dan 25,000 mata diamonds. 

Selain Moon, pasukan Todak disertai oleh:

  • Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Todak.Hangus)
  • Muhammad Danial Mohd Fuad (Todak.Chik)
  • Muhammad Qayum Faez Bin Abdullah (Todak.Lychee)
  • Muhammad Rizwan Abdullah (Todak.Eone)
  • Mohamad Aiman Idris (Todak.Xray)
  • Shahril Anuar Abdul Rashid (Todak.Nenas)

Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut daripada TODAK selepas muncul juara Kejohanan MLBB Geek pada bulan Mei.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

Mobile Legends: Tulang tumit Gripex patah, retak

Published

on

Gripex bakal menjalani satu pembedahan dalam terdekat berikutan kecederaan yang dialaminya itu. - Foto Instagram / Gripex

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Mobile Legends Shopee Bosskurr Andi Alfian Firman (Gripex) mengalami keretakan dan patah tulang di bahagian tumit berikutan satu kejadian kemalangan yang dihadapinya di Klang semalam.

Pengurus Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) berkata Gripex bakal menjalani satu pembedahan dalam terdekat berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

“Gripex kini berada di Hospital Klang, Selangor selepas kemalangan semalam.

“Dimaklumkan Gripex perlu menjalani pembedahan di bahagian kaki itu dalam masa terdekat,” katanya kepada What’s The Meta.

Menceritakan semula detik kejadian, Daddy berkata Gripex yang sedang menunggang motosikal pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke rumah pemain-pemain Shopee Bosskurr yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku berdekatan dengan sebuah stesen pam minyak pada jam kira-kira empat petang. 

“Gripex keseorangan ketika itu. Dia dilanggar kereta secara tiba-tiba dan terjatuh dengan motosikalnya.

“Gripex terus membuat panggilan video kepada kami untuk memberitahu keadaannya dan kami terus bergegas ke tempat Gripex. Ambulans pun tiba di tempat kejadian selang beberapa minit kemudian,”tambah Deddy.

Daddy juga mengharapkan orang ramai dan penyokong Shopee Bosskurr untuk mendoakan agar Gripex dipermudahkan urusan dan cepat sembuh.

Semalam, Gripex terlibat dalam satu kemalangan sebelum perlawanan Shopee Bosskurr dan EVOS Esports dalam Liga Profesional (MPL) bermula pada jam kira-kira 5.30 petang.

Gripex bagaimana pun tidak dapat beraksi dan diganti dengan pemain yang menggunakan nama maya Perisai.

Dalam perlawanan itu, Shopee Bosskurr masih tidak berjaya membenam badinya tersendiri menentang EVOS Esports apabila mereka tewas 2-0.

Shopee Bosskurr bakal bertemu dengan Louvre Esports pada petang ini jam empat petang dalam liga MPL musim keempat nanti.

Continue Reading

Mobile Legends

Mobile Legends: Gripex terlibat dalam kemalangan, keadaan kurang baik

Published

on

Andi Alfian Firman (Gripex) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Klang, Selangor seketika tadi. Keadaannya dikatakan dalam keadaan kurang baik. - Foto Nureddy Nursal

KUALA LUMPUR Pemain profesional Mobile Legends Shopee Bosskurr Andi Alfian Firman (Gripex) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Klang, Selangor hari ini.

Perkara tersebut disahkan pengurus Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) kepada What’s The Meta seketika tadi.

Menurut Daddy, kemalangan tersebut baharu sahaja berlaku seketika tadi.

“Keadaan kurang baik. Saya akan maklum mengenai perkembangannya nanti.

“Doakan dia cepat sembuh ya,” kata Daddy.

Jelas Daddy, perlawanan antara Shopee Bosskurr dan EVOS Esports dalam Liga Profesional (MPL) pada petang nanti mungkin akan ada kelewatan sedikit.

What’s The Meta kini sedang mendapatkan pengesahaan dari pihak penganjur, eGG Network mengenai perkembangan terkini perlawanan antara kedua-dua pasukan itu.

Continue Reading

Mobile Legends

#M1World: Tiket ‘early bird’ boleh dibeli sekarang, bermula RM15

Published

on

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000)

KUALA LUMPUR – Tiket dan pas masuk ke acara utama Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang:Bang (M1) yang akan berlangsung pada 15 sehingga 17 November di Axiata Arena, kini boleh dibeli mulai hari ini.

Terdapat tiga kateogi pas iaitu Bronze, Silver dan Gold. Bagi mereka yang membeli tiket Gold akan mendapat beg eksklusif M1.

Anda juga boleh memberi pas bagi 1 hari atau 3 hari yang bermula RM15 sehingga RM110.

Berikut adalah senarai harga tiket:

Senarai pas dan harga tiket

Kedudukan pas di dalam Axiata Arena:

Dapat tiket anda di https://myticket.asia/#event=32708403

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Jangan lupa menggunakan hashtag #MLBBM1 #M1World #MLBBWorld untuk menghangatkan lagi pertarungan terbaik dunia ini!

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved