Connect with us

DOTA 2

#MeetOG: “Saya lagi suka jadi pemain” – Ceb

Ceb menyifatkan tekanan menjadi jurulatih lagi kuat berbanding menjadi seorang pemain.

Published

on

Pemain profesional bagi pasukan Dota 2 OG, Sebastien Debs (kanan) bersama rakan sepasukannya Topias Taavitsainen (Topson) dalam satu sidang media tayangan eksklusif dokumentari Against The Odds anjuran Red Bull Malaysia di Sunway University semalam. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SUBANG JAYA – Pemain profesional bagi pasukan Dota 2 OG, Sebastien Debs (Ceb) menyifatkan yang beliau lebih selesa dengan posisinya sebagai pemain utama pasukan tersebut berbanding memikul tanggungjawab sebagai jurulatih.

Ceb berkata meski cabaran dihadapi sebagai pemain memang berbeza ketika ini, ia sebenarnya lebih baik daripada apa yang dijangkakannya.

“Tekanan menjadi jurulatih lagi kuat berbanding menjadi seorang pemain sebab kita tidak mempunyai kawalan (dalam permainan) secara terus.

“Saya ingat lagi ketika saya menonton mereka bermain, saya berasa gelisah bukan kerana tidak yakin dengan abiliti mereka untuk menang perlawanan namun ia lebih kepada perasaan menonton sesuatu yang kita tidak boleh kawal.

“Jadi, posisi sebagai jurulatih memang satu tekanan yang sangat kuat. Tapi sebagai seorang pemain, anda boleh jadi lebih fokus dan kurang tekanannya,” kata Ceb ketika menjawab soalan pemberita semalam, dalam satu sidang media tayangan eksklusif dokumentari Against The Odds anjuran Red Bull Eropah di Sunway University, di sini, semalam.

Tambah Ceb lagi, beliau gembira dengan posisinya sebagai pemain OG sekarang.

Ceb memulakan karier dalam e-sukan Dota 2 sejak 2011 lagi dan mula dikenali umum selepas mendapat tempat keempat dalam Dreamhack Winter 2011 bersama pasukan Team Shakira.

Beliau mula menyertai OG pada lewat 2015 sebagai jurulatih pasukan itu selepas menjadi penganalisis bagi kejohanan Shanghai Major pada tahun yang sama.

Selepas penyertaan Ceb, pasukan tersebut mula mendominasi kejohanan-kejohanan major di Kiev, Boston, Manila dan Frankurt. 

Pada Mac 2018, Ceb menjadi pemain ganti untuk OG selepas bekas pemain pasukan itu Roman Fominok (Resolut1on) umum untuk mengundur diri.

Pada Jun 2018, Ceb secara rasmi mengisi posisi offlane pasukan OG untuk kejohanan dunia The International 2018.

Dalam kejohanan paling berprestif dalam Dota 2 itu menyaksikan OG muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM42 juta.

Selain Ceb, pasukan OG terdiri daripada Johan Sundstein (N0tail), Topias Taavitsainen (Topson), Anathan Pram (Ana) dan Jesse Vainikka (JerAx).

Pastikan anda menonton perjalanan mereka merangkul bergelar juara dunia, Against The Odds di lawan sesawang Redbull.com!

DOTA 2

Ini 12 pasukan dunia yang akan sertai ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational

Published

on

12 pasukan terbaik Dota 2 dengan 9 daripadanya pernah bertanding di kejohanan dunia The International dan bakal merebut hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM141 juta (AS$34 juta).

12 pasukan antarabangsa disahkanbakal bertanding dalam satu kejohanan jemputan antarabangsa ONE Esports DOTA 2 Singapore World Pro Invitational.

Dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh pihak penganjur kejohanan, ONE Esports, iaitu anak syarikat kepada ONE Championship (ONE), 12 pasukan tersebut adalah:

  • Team Liquid (Naib juara The International 2019)
  • Gambit, J.Storm,
  • Team Aster
  • Team Secret
  • TNC Predator
  • Virtus.pro
  • Vici Gaming
  • Natus Vincere
  • Alliance
  • Evil Geniuse

Pengulas e-sukan tersohor dunia, TobiWan dan ODPixel juga tersenarai dalam senarai barisan pengulas. Sementara itu, personaliti Dota 2 terkenal, Sheever dijangka akan menjadi pengendali acara itu.

“Ini adalah kali pertama Singapura menjadi tuan rumah kejohanan e-sukan bertaraf dunia.

“12 pasukan terbaik Dota 2 dengan 9 daripadanya pernah bertanding di kejohanan dunia The International dan bakal merebut hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM141 juta (AS$34 juta).

“Barisan panel yang kami sediakan semuanya adalah yang terbaik di antara yang terbaik”, kata Carlos Alimurung yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ONE Esports.

Beberapa acara sampingan juga bakal disajikan buat penonton yang hadir ke acara itu antaranya pertunjukkan cosplay, jualan cenderahati dan barangan eksklusif ONE Esports, sesi bertemu peminat, cabutan bertuah dan sebagainya.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 20 hingga 22 Disember 2019 di Stadium Tertutup Singapura dan tiket boleh didapati di http://www.oneesports.gg/buydota2tickets.

Anda juga berpeluang memenangi 2 tiket percuma ke acara ini dengan melayari facebook rasmi ONE ESports dan sertai kempen “Our Game, Your Story” yang akan berakhir pada 5 Disember 2019.

Continue Reading

DOTA 2

MidOne ambil rehat panjang dari Dota 2, tinggalkan Team Secret

Published

on

MidOne dan Team Secret sebelum ini menduduki tempat ke-4 pada The International 9 yang lalu, iaitu rekod pencapaian paling tinggi dalam sejarah Team Secret. - Foto fail Twitch

PEMAIN profesional Dota 2 tanah air, Yeik Nai Zheng (MidOne) dilaporkan akan mengambil waktu berehat panjang dari arena kompetitif e-sukan itu dan akan dilepaskan dari pasukan Team Secret.

Team Secret berkata, MidOne telah banyak melakukan pengorbanan untuk bersaing dan membantu pasukan itu untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi dalam arena Dota 2.

“Bagi musim DPC yang lalu memerlukan setiap pemain tinggal di Eropah bagi tempoh yang lama untuk menjalani bootcamp dan berulang alik ke beberapa negara untuk menyertai kejohanan.

“MidOne telah melakukan banyak pengorbanan. Beliau juga telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemain dan rakan yang sangat baik sepanjang perjalanan ini,” kata Team Secret.

Sepanjang MidOne dalam skuad aktif Dota 2 Team Secret, beliau telah memenangi tiga kejohanan Major Valve, menjuarai pelbagai kejohanan dan mewakili pasukan itu ke pentas dunia, The International selama tiga tahun berturut-turut.

MidOne dan Team Secret turut menduduki tempat ke-4 pada The International 9 yang lalu, iaitu rekod pencapaian paling tinggi dalam sejarah Team Secret.

“Kami sangat bersyukur dengan usaha Midone sepanjang beliau bersama kami. 

“Kami mendoakan agar MidOne dapat berehat secukupnya sepanjang tempoh dia meninggalkan arena kompetitif ketika ini,” kata Team Secret. 

Continue Reading

DOTA 2

#TI9 – OG julang Aegis of Champions kali kedua, bawa pulang RM64 juta

Published

on

OG menjadi pasukan profesional Dota 2 yang pertama di dunia merangkul kejuaraan itu sebanyak dua kali membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM64 juta (AS$15.4 juta). - Foto What's The Meta / Faizal Ramli

SHANGHAI – Pasukan profesional Dota 2 OG, muncul juara bagi Kejohanan Dunia The International 2019 selepas menewaskan pasukan Liquid 3-1 pada grand final yang berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

Menerusi kemenangan itu OG mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan profesional Dota 2 yang pertama di dunia merangkul kejuaraan itu sebanyak dua kali berturut-turut membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM64 juta (AS$15.4 juta).

Pasukan itu juga mengekalkan barisan pemainnya pada The International lepas yang daripada Johan Sundstein (N0tail), Anathan Pham (ana), Topias Taavitsainen (Topson), Sébastien Debs (Ceb) dan Jesse Vainikka (JerAx).

“Memang sukar dipercayai. Memang seronok rasanya. Terima kasih kepada peminat dan rakan-rakan kerana menjadikan perkara ini menjadi realiti,” kata kapten OG, N0tail ketika ditemu ramah pengacara selepas selesai menjulang trofi Aegis of Champions di hadapan penonton Mercedes-Benz Arena, di sini, hari ini.

Sementara itu bagi naib juara, Team Liquid yang digelar sebagai raja lower bracket bagaimana pun terpaksa akur dengan kekalahan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM18 juta (AS$4.4).

Dominasi OG yang pantas, ganas, dan rakus

Corak permainan OG pada pentas antarabangsa kali ini memang diakui berada pada kelasnya tersendiri. OG bermula dengan sangat baik sejak pusingan peringkat kumpulan dan tidak pernah jatuh dari pusingan upper bracket.

Pada Grand Final, OG tewas pada pusingan pertama berikutan beberapa kesilapan terutama apabila Ana mati di Top Lane high ground Radiant.

Menyedari persediaan Spectre di pihak OG akan memakan masa, Team Liquid terus memilih untuk menyerang ke Ancient Dire.

Keputusan Ana untuk buyback lewat pada ketika itu yang boleh dikatakan memakan diri.

Namun situasi dilihat bertukar selepas itu apabila pemilhan hero Monkey King yang digunakan Topson pada akhir draf telah merubah keadaan permainan.

Team Liquid dilihat tidak mampu menandingi langsung skil luar biasa yang ada pada Topson ketika menggunakan hero ini.

Topson juga telah memperoleh Rampage pertama Grand Finals hari ini selepas membunuh kesemua hero lawan.

Ana turutberjaya menebus kembali kesilapannya dalam game pertama untuk membantu OG mengikat kedudukan.

Pada pusingan ketiga dan keempat, OG dilihat bermain dengan sangat ganas, pantas dan rakus. Pemilihan hero sekali lagi memainkan peranan penting untuk OG.

Topson harus diberikan penghormatan yang selayaknya oleh peminat Dota 2 sebagai pemain  midlane terbaik untuk kejohanan ini.

Dia telah menunjukkan satu persembahan yang memukau untuk TI kali ini.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!