Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Tulang tumit Gripex patah, retak

Published

on

Gripex bakal menjalani satu pembedahan dalam terdekat berikutan kecederaan yang dialaminya itu. - Foto Instagram / Gripex

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Mobile Legends Shopee Bosskurr Andi Alfian Firman (Gripex) mengalami keretakan dan patah tulang di bahagian tumit berikutan satu kejadian kemalangan yang dihadapinya di Klang semalam.

Pengurus Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) berkata Gripex bakal menjalani satu pembedahan dalam terdekat berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

“Gripex kini berada di Hospital Klang, Selangor selepas kemalangan semalam.

“Dimaklumkan Gripex perlu menjalani pembedahan di bahagian kaki itu dalam masa terdekat,” katanya kepada What’s The Meta.

Menceritakan semula detik kejadian, Daddy berkata Gripex yang sedang menunggang motosikal pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke rumah pemain-pemain Shopee Bosskurr yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku berdekatan dengan sebuah stesen pam minyak pada jam kira-kira empat petang. 

“Gripex keseorangan ketika itu. Dia dilanggar kereta secara tiba-tiba dan terjatuh dengan motosikalnya.

“Gripex terus membuat panggilan video kepada kami untuk memberitahu keadaannya dan kami terus bergegas ke tempat Gripex. Ambulans pun tiba di tempat kejadian selang beberapa minit kemudian,”tambah Deddy.

Daddy juga mengharapkan orang ramai dan penyokong Shopee Bosskurr untuk mendoakan agar Gripex dipermudahkan urusan dan cepat sembuh.

Semalam, Gripex terlibat dalam satu kemalangan sebelum perlawanan Shopee Bosskurr dan EVOS Esports dalam Liga Profesional (MPL) bermula pada jam kira-kira 5.30 petang.

Gripex bagaimana pun tidak dapat beraksi dan diganti dengan pemain yang menggunakan nama maya Perisai.

Dalam perlawanan itu, Shopee Bosskurr masih tidak berjaya membenam badinya tersendiri menentang EVOS Esports apabila mereka tewas 2-0.

Shopee Bosskurr bakal bertemu dengan Louvre Esports pada petang ini jam empat petang dalam liga MPL musim keempat nanti.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

MPL: EVOS SG tamatkan sumpahan, muncul juara musim keempat!

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends EVOS SG, muncul sebagai juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura seketika tadi.

EVOS SG menang 3-2 dalam satu perlawanan epik Grand Final yang berlangsung di KL Live, di sini hari ini.

MPL Malaysia dan Singapura menawarakan hadiah wang terkumpul sebanyak RM415,000.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Continue Reading

Mobile Legends

Penyokong adalah MVP sebenar dalam kejayaan saya – Soloz

Published

on

KUALA LUMPUR – Kapten pasukan profesional Mobile Legends Shopee Bosskurr, Faris Zakaria (Soloz) melahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai pemain MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia dan Singapura (MPL) untuk Musim Keempat.

Soloz berkata, dia dedikasikan anugerah MVP itu kepada peminatnya.

“Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana ini adalah rezeki dariNya. 

“Terima kasih juga saya kepada mereka yang sudi mengundi saya sepanjang kempen MPL ini. Tanpa anda semua, memang tiada gelaran MVP ini. 

“Bukan saya yang MVP, sebenarnya penyokong sayalah MVP yang sebenarnya dalam kejayaan saya,” kata Soloz kepada What’s The Meta.

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: Soloz pemain MVP bagi Musim Liga

Published

on

Menurut MLBB, pemilihan itu adalah kerana konsistensi mutu persembahan dan corak permainan Soloz sepanjang musim liga. - Foto Facebook / Mobile Legends Bang Bang

Kapten pasukan Shopee Bosskurr Faris Zakaria (Soloz) dipilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia dan Singapura (MPL) untuk Musim Keempat.

Perkara itu diumumkan di laman Facebook MLBB seketika tadi.

Menurut MLBB, pemilihan itu adalah kerana konsistensi mutu persembahan dan corak permainan Soloz sepanjang musim liga.

“Tahniah! Tahap konsistensi adalah kuncinya. Permainan yang bijak secara konsisten. 

“Itu telah membuktikan kehebatan dan keberkesanan permainan sepanjang musim setakat ini,”kata MLBB dalam satu kenyataan hari ini.

ICYMI: Soloz menang Anugerah Pencipta Kandungan Paling Banyak Jumlah Tontonan Facebook

Soloz bersama Shopee Bosskurr meraih tempat keenam secara keseluruhan dalam pusingan peringkat liga itu.

Mereka bakal ke pusingan penentu (playoff) yang akan berlangsung di KL Live, Life Centre pada 19 dan 20 Oktober nanti.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved