Connect with us

Mobile Legends

MPL: Bosskurr akui meta baru tidak menjadi

Published

on

Pasukan Mobile Legends tanah air Bosskur Gaming mengakui meta (strategi) yang digunakan sepanjang Liga Profesional Mobile Legends (MPL) berlangsung setakat ini memang tidak kukuh.

Pengurusnya, Nureddy Nursal berkata pihaknya mengakui memang terlalu banyak kesilapan dapat dilihat dalam perlawanan semalam.

“Semua pemain kami memang memberi komitmen namun apabila berada dalam permainan, ada beberapa perkara yang tidak konsisten termasuk sejak pemilihan hero lagi. 

“InsyaAllah kami akan perbaharui berdasarkan perlawanan-perlawanan sebelum ini. Bukan niat kami untuk mengecilkan hati peminat dan penyokong. 

“Rezeki kami belum sampai, jadi kami akan berusaha sampai jadi,” katanya kepada WTM Today semalam.

Jelasnya, Bosskur terbuka dan menerima semua kritikan dan kutukan yang diberikan kerana ia dilihat sebagai pemangkin semangat pasukan itu.

Menurut Nureddy lagi, bagi memperbaiki mutu persembahaan Bosskur pada masa akan datang, pembaharuan secara menyeluruh akan dilakukan oleh pasukan tersebut termasuk mencari penganalisis dan jurulatih.

“Memandangkan organisasi kami memang berdiri sendiri dari segi semua aspek, bukan senang untuk membina satu skuad yang betul-betul sistematik dari segi latihan mental dan sebagainya. 

“Tapi itu bukan alasan. 

“Pasukan kami baharu sahaja mendapat penganalisis permainan. Baru sahaja. Jadi kami akan memperbaharui corak permainan kami,” tambahnya.

Pada perlawanan semalam, Bosskur tewas kepada Nara Esports SG (Nara) 0-2.

Kedudukan Bosskur dalam liga ketika ini dilihat tidak memberangsangkan apabila mereka menghadapi tiga kekalahan berturut-turut setelah berdepan Bigetron SG 1-2 dan EVOS Esports SG 0-2 sebelum ini.

MPL musim ketiga kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

Mobile Legends: Rippo tidak lagi bersama Geek Fam, Artz kini sebagai ‘sub’

Published

on

Rippo (kiri) memilih untuk mencuba peluang yang lain manakal Artz masih lagi bersama pasukan Geek Fam tetapi bukan sebagai pemain utama. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Juara Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura Musim Ketiga, Geek Fam telah menggantikan posisi pemainnya Artz dan Rippo kepada pemain-pemain yang baharu.

Dalam satu pengumuman baru-baru ini, Geek Fam berkata bekas kapten e-sukan League of Legends KL Hunters, OzoraVeki akan menyertai pasukan itu dan bakal membuat kemunculan pertama dalam MPL Musim Keempat nanti.

Selain, OzoraVeki, Geek Fam turut mengumumkan satu lagi pemain baharu iaitu Rumpel untuk menyertai pasukan tersebut.

Berikutan kemasukan kedua-dua pemain baharu ini, wakil dari Geek Fam mengesahkan kepada What’s The Meta bahawa masih lagi Artz bersama pasukan tersebut tetapi bukan sebagai pemain utama.

Namun, mereka juga mengesahkan Rippo tidak lagi bersama Geek Fam.

“Artz masih bersama Geek Fam, tetapi sebagai pemain simpanan.

“Manakala Rippo pula sedang mecuba peluang yang lain. Kami masih mengekalkan hubungan sebagai kawan rapat dengannya.

“OzoraVeki dan Rumpel menggantikan slot mereka,” kata wakil Geek Fam tersebut.

Geek Fam merupakan antara pasukan terkemuka tanah air dan mempunyai pencapaian tersendiri dalam arena e-sukan.

Selain menjadi juara MPL Musim Ketiga, Geek Fam juga telah menyertai beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Clash of Champions dan Kejohanan MLBB Piala Asia Tenggara.


Continue Reading

Mobile Legends

Caprice berminat untuk tubuh pasukan Mobile Legends?

Published

on

Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka. - Foto Facebook / Caprice Ariz

KUALA LUMPUR – Satu Instagram Story yang dimuatnaik penyayi rap tanah air, Ariz Ramli (Caprice) baru-baru ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau berminat untuk menubuhkan pasukan e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).

Dalam Instagram Story tersebut, Caprice membuat naik satu logo Xde Hal Bro Esports dengan bertanyakan soalan kepada pengikutnya: “Ramaikah yang main Mobile Legends?”

Sebelum ini Caprice mengumumkan dia akan mendaftarkan satu syarikat baharu dalam bidang e-sukan.

Caprice juga menyatakan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PUBG dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000.

Dia berkata uji bakat pencarian bakat PUBG bagi pasukannya akan diadakan pada Ogos nanti.

Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.comClassruum.com dan Umrahloka.

Continue Reading

Mobile Legends

Barangan eksklusif Armaggeddon X Shopee Bosskurr dilancarkan

Published

on

Kolaborasi yang itu adalah juga sempena pelancaran Armaggeddon kedai talian rasmi di platform membeli-belah nombor satu Malaysia, Shopee. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

PETALING JAYA – Pasukan profesional e-sukan tanah air Shopee Bosskur telah menjalinkan satu kolaborasi bersama Armaggeddon bagi untuk melancarkan barangan eksklusif edisi terhad.

Kolaborasi yang itu adalah juga sempena pelancaran kedai talian rasmi Armaggeddon di platform membeli-belah nombor satu Malaysia, Shopee.

Barangan eksklusif edisi terhad bersama harga promosi itu adalah:

  • Hoodie Istimewa Armaggeddon X Shopee Bosskurr (RM89)
  • T-Shirt Gaming Edisi Terhad Armaggeddon X Shopee Bosskurr (RM39)
  • Fon telinga Gaming WASP-5 g with Dual Driver & Microphone Armaggeddon X Shopee Bosskurr bersama Powerbank (RM69)
  • Papan Kekunci AK300 dan Tetikus Scorpion 3 bersama pad tetikus dan hab USB (RM59)
Pemain profesional Shopee Bosskurr Fredo (duduk kanan) bersama rakan-rakan yang lain ketika sesi menandatangani baju eksklusif Armaggeddon X Shopee Bosskurr – Foto What’s The Meta / MARIAH AHMAD

T-Shirt Gaming Edisi Terhad Armaggeddon X Shopee Bosskurr juga boleh dibeli dengan harga RM19 (potongan RM20) jika anda membeli dengan Hoodie Istimewa Armaggeddon X Shopee Bosskurr edisi terhad.

Sempena pelancaran kolabrasi itu yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya itu juga Armaggeddon turut memperkenalkan produk monitor Pixxel+Elite EFX 27UHD pada harga RM1199.

80 pembeli pertama juga akan membawa pulang Audiobox U150 Sound Bar yang berharga RM49.90.

Pada April lalu, pasukan Mobile Legends Boskurr Gaming dijenamakan semula sebagai Shopee Bosskurr selepas mendapat tajaan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee.

Shopee Bosskurr telah melancarkan jersi rasmi mereka yang kini boleh didapati di platform e-dagang tersebut.

Shopee Bosskurr merupakan antara pasukan yang terkemuka di Malaysia dan akan mewakili Malaysia bagi Sukan SEA 2019 nanti.

Bagi anda yang mahu membeli barangan eksklusif tersebut boleh layari Kedai rasmi Armaggeddon di Platform Shopee.

Continue Reading

Trending