Connect with us

CSGO

Orange sokong keputusan GFi# ke Tyloo, kini cari pemain kelima Sphynx

Published

on

Meski Orange menghormati dan menyokong sokongan Ramona Azween Zaharuddin (gambar) mereka tetap komited untuk terus membantu pemain-pemain wanita yang lain untuk mengecapi impian mereka dalam arena e-sukan. - Foto fail What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Susulan pengumuman pemain kompetitif Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) tanah air, Ramona Azween Zaharuddin (GFi#) menyertai pasukan China, Tyloo.fe, Orange Sphynx kini bakal mencari pemain baharu.

Pengasas organisasi e-sukan Orange, Frank Ng berkata pencarian pemain baharu itu adalah sebagai persiapan untuk ke Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG).

Pengasas organisasi e-sukan Orange, Frank Ng berkata meski pihaknya menyokong keputusan Ramona untuk menyertai Tyloo.fe, Orange dalam masa yang sama tetap komited untuk terus membantu pemain-pemain wanita untuk mengecapi impian mereka dalam arena e-sukan.

“Kami menyokong keputusan GFi# kerana dia layak mendapat tawaran itu.

“Kami bangga dengan GFi# apabila dia berjaya menarik minat salah sebuah pasukan terbaik CSGO di Asia, terutama selepas kerja kerasnya selama 15 tahun dalam CSGO.

“Orange Sphynx akan terus maju ke hadapan kerana kami percaya kepada pemain-pemain kami. Kami akan terus menyokong pemain dan komuniti e-sukan wanita yang komited untuk mencapai impian mereka dalam arena e-sukan,” kata Frank Ng ketika dihubungi What’s The Meta.

Pada Isnin lalu, Tyloo Gaming dalam satu ciapan di Twitter mengumumkan GFi# akan bermain untuk pasukan wanita organisasi tersebut iaitu Tyloo.fe.

GFi# dijangka akan bermain untuk Tyloo.fe sehingga akhir tahun ini.

GFi# sebelum ini bermain dan merupakan kapten untuk pasukan Orange Sphynx.

Pada awal bulan ini, GFi# dan Orange Sphynx layak ke Kejohanan Dreamhack Showdown yang berlangsung di Valencia, Sepanyol.

Click to comment

Cuba komen sikit

CSGO

CSGO: Ramona keluar Orange Sphynx, sertai Tyloo Gaming

Published

on

PEMAIN kompetitif Counter Strike : Global Offensive (CSGO) tanah air, Ramona Azween (GFi#) akan menyertai organisasi e-sukan Tyloo Gaming.

Perkara tersebut diumumkan organisasi itu seketika tadi.

Menurut Tyloo Gaming, GFi# akan bermain untuk pasukan wanita organisasi tersebut iaitu Tyloo.fe.

Sementara itu GFi# menerusi ciapannya di Twitter berkata dia akan bermain bersama Tyloo.fe sehingga akhir tahun ini.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan yang saya akan bermain untuk Tyloo.fe bagi tahun ini.

“Ia juga bermaksud saya telah meninggalkan Orange Sphynx. Ini merupakan satu titik perubahan dalam perjalanan hidup saya.

“Saya akan melakukan yang terbaik dan berharap anda akan terus menyokong saya,” kata GFi#.

GFi# sebelum ini bermain dan merupakan kapten untuk pasukan Orange Sphynx.

Pada awal bulan ini, GFi# dan Orange Sphynx layak ke Kejohanan Dreamhack Showdown yang berlangsung di Valencia, Sepanyol.

Sebelum itu, mereka berjaya menjadi antara dua kumpulan teratas dalam Kejohanan ZOWIE DIVINA CSGO Asia.

GFi# telah berkecimpung dalam arena e-sukan secara kompetitif sejak 15 tahun lalu.

Dia juga pernah bermain untuk pasukan Indonesia FF Gaming pada tahun 2017.

Continue Reading

CSGO

GSGO: Grand final Conqueror’s Insignia 2019 di Malaysia, dengan habuan RM289,000

Published

on

28 negara bakal menyertai Kejohanan CSGO Conqueror’s Insignia (CI) 2019 dengan hadiah wang terkumpul RM289,000.

AGENSI perkhidmatan dan firma permainan video Playtonia Esports And Associates (Playtonia) bakal mengadakan kejohanan e-sukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) yang bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM289,000 ($70,000).

Menurut Playtonia, kejohanan yang dikenali sebagai Conqueror’s Insignia (CI) 2019 itu akan melibatkan komuniti permainan video di 28 negara Asia dan Timur Tengah dan akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi Grand Final.

“Playtonia telah berjaya membuka beberapa pejabat di India, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun ini, dengan sasaran untuk mengembangkan pasaran yang sedang membangun dan mengendalikan acara e-sukan di seluruh dunia.

“Menurusi CI 2019, kami berhasrat melibatkan diri bersama-sama pemain-pemain di 28 negara ini dengan satu Grand Final secara besar-besaran yang akan diadakan di Malaysia.

“CI 2019 akan menjadi penanda aras kepada kami sebagai ejen promosi e-sukan di Asia,” jelas Playtonia dalam satu kenyataan.

Sejak ditubuhkan pada 2017, Playtonia memulakan kejohanan Conqueror’s Insignia pada tahun yang sama bagi menyemarakkan arena kompetitif permainan video di India.

Edisi pertama kejohanan tersebut yang disertai 300 pasukan CSGO dan Dota 2 telah mendapat sambutan luar jangkaan.

“Pada tahun ini, Playtonia memilih CSGO bagi kejohanan CI 2019 untuk meraikan peminat-peminat e-sukan ini di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah yang dilihat mempunyai lima juta pemain.

“Kami juga akan mengadakan beberapa kelayakan secara offline untuk mempromosikan e-sukan tempatan,” tambah Playtonia.

Negara-negara yang boleh menyertai kejohanan CI 2019 adalah, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Maldive, Bhutan,  Pakistan,  UAE, Arab Saudi, Lebanon, Oman, Kuwait, Qatar, Bahrain, Mesir, Jordan, Yemen, Iraq, Iran, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Laos.

Format Kejohanan CSGO CI 2019

Kejohanan tersebut akan menggunakan platform permainan video Playtonia dan 10 pasukan teratas di rantau tersebut turut akan menerima 3000 Playtonia Leaves.

Playtonia turut menyatakan segala kos melibatkan penginapan dan penerbangan akan ditampung sepenuhnya oleh pihaknya untuk pasukan yang layak ke Grand Final Malaysia nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai format kejohanan boleh layari https://ci.playtonia.com/launch/tournament-format/.

Bagi anda yang mahu mendaftar boleh ke laman web Playtonia.com.

Continue Reading

CSGO

#DHShowdown: Maaf kerana tersingkir terlalu awal – Orange Sphynx

Published

on

Orange Sphynx yang merupakan satu-satunya harapan negara tersingkir dari kejohanan CSGO Dreamhack Showdown pada semalam. - Foto Facebook / Orange Sphynx

“MAAF kerana tersingkir daripada kejohanan terlalu awal, kami berharap akan terus perbaiki dari segi skil individu dan sebagai satu kumpulan.”

Itu kata pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air Orange Sphynx selepas tamat perjuangan mereka dalam Kejohanan Dreamhack Showdown semalam.

Meski telah mencuba sehabis baik, Orange Sphynx terpaksa melangkah keluar dari kejohanan tersebut selepas tewas 2-0 dengan pasukan Eropah Copenhagen Flames pada perlawanan Best of 3 Peringkat Penyingkiran Kumpulan A semalam.

Pada peta pertama Overpass, Orange Sphynx dilihat mempunyai harapan untuk memberi saingan apabila mereka meraih mata pertama ketika Copenhagen Flames mendahului 2 mata di hadapan.

Namun dalam perlawanan peta pilihan Copenhagen Flames itu sememangnya tidak memberi peluang kepada Orange Sphynx untuk beraksi baik apabila mereka terus mengutip mata ke-13.

Selepas perlawanan berehat sementara, Orange Sphynx berjaya mendapat mata ke-tiga dan ke-empat.

BACA: Orange Sphynx tewas 16-2 dengan Dignitas

Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism) seolah-olah telah memahami rentak permainan walaupun keadaan seperti agak terlewat. 

Pada pusingan itu, Jazminism mengawal kawasan bom dengan rapi dan  sempat mematikan 2 pemain Copenhagen Flames yang ketika itu berada di bahagian Counter Terrorist.

Awan mendung Orange Sphynx sedikit cerah selepas itu apabila Iffah Nazurah Saidi (3ve) berjaya mendapatkan Triple Kills, dan menghadiahkan mata kelima untuk pasukannya dalam peta Overpass itu.

Perlawanan kemudiannya berehat seketika berikutan bunyi siren di tempat kejohanan iaitu di, Fira València, Sepanyol. 

Selepas beberapa minit, perlawanan kembali berlangsung dan Copenhagen Flames dominasi 16 mata, dan Orange Sphynx mengumpul 6 mata.

Peta seterusnya iaitu Dust II, merupakan peta pilihan Orange Sphynx.

Ketika kejohanan ZOWIE DIVINA Asia yang lalu, peta Dust II dilihat menjadi kekuatan Orange Sphnyx apabila mereka menang 16-13 menentang pasukan Singapura Phoenix, 16-8 menentang pasukan gabungan Celeste dan Indonesia dan 16-6 menentang pasukan tanah air MBT.Baeter.

Namun, Orange Sphynx pernah tewas sekali 13-16 di tangan Phoenix pada pusingan upper bracket ZOWIE DIVINA.

Berbalik kepada Dreamhack Showdown, pada pusingan awal perlawanan Orange Sphynx dilihat mampu mendekatkan jarak dengan Copenhagen Flames dengan mata 2-4.

Namun, Orange Sphynx terpaksa meminta panggilan rehat taktikal selepas ketinggalan lima mata di belakang Copenhagen Flames.

Tamat separuh masa pertama Orange Sphynx hanya mampu mengutip 3 mata.

Selepas separuh masa kedua berlangsung, mereka mampu raih mata keempat, tetapi dilihat belum cukup kuat untuk menentang Copenhagen Flames yang seterusnya memenangi perlawanan tersebut.

Menerusi kemenangan pasukan yang berpangkalan di Denmark itu memaksa Orange Sphynx akur dengan kekalahan dan tersingkir pada awal kejohanan Dreamhack Showdown.

Melihat kepada prestasi itu, Orange Sphynx berazam untuk memperbaiki diri mereka sebagai pemain dan sebagai satu pasukan secara keseluruhan.

“Kami akan mempamerkan skil CSGO terbaik kami untuk anda. Terima kasih bagi mereka yang sentiasa bersama kami sejak awal.

“Kami berazam akan berusaha lebih keras pada masa akan datang,” kata Orange Sphynx.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

Continue Reading

Trending