Connect with us

Overwatch

Overwatch: Peruntukan RM60,000 World Cup akan disalurkan untuk komuniti

Published

on

Menurut sumber, Kementerian Belia dan Sukan komited untuk membantu komuniti Overwatch dalam negara ini.

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM60,000 bagi Kejohanan Dunia Overwatch yang telah diluluskan sebelum ini akan disalurkan untuk pembangunan komuniti e-sukan tersebut.

Menurut sumber, Kementerian Belia dan Sukan komited untuk membantu komuniti Overwatch dalam negara ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan peruntukan sebanyak RM60,000 telah diluluskan untuk pasukan Overwatch Malaysia yang bertanding  di Kejohanan Piala Dunia di Anaheim Convention Center California, Amerika Syarikat.

“Peruntukan RM60,000 ke Piala Dunia telah pun diluluskan. Proses menyalurkan bantuan mengambil sedikit masa kerana ini kali pertama bantuan sebegini wujud.

“Kami komited membantu komuniti Overwatch,” katanya sebelum ini.

Syed Saddiq berkata demikian dalam satu ciapan balas kepada pengguna @chapree, Syefri Zulkefli menyatakan sama ada pihak Syed Saddiq boleh membantu pasukan Overwatch Malaysia untuk ke Piala Dunia itu.

Pasukan Overwatch itu bagaimana pun menarik diri kerana gagal menepati sasaran kutipan dana untuk menghantar pemain-pemain e-sukan itu ke kejohanan tersebut.

“Permohonan bantuan kepada beberapa syarikat dengan harapan untuk mengurangkan beban kewangan kami telah ditolak.

“Sokongan yang dijanjikan oleh badan pentadbir sukan negara yang pada mulanya dilihat menggalakkan, juga menemui kegagalan kerana kami dimaklumkan pada saat-saat akhir bahawa dana yang diperuntukkan iaitu separuh daripada apa yang kami mohon hanya akan tersedia pada masa berakhirnya Piala Dunia Overwatch 2019,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan pada bulan lalu.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

Click to comment

Cuba komen sikit

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!