Connect with us

Mobile Legends

Penyokong adalah MVP sebenar dalam kejayaan saya – Soloz

Published

on

KUALA LUMPUR – Kapten pasukan profesional Mobile Legends Shopee Bosskurr, Faris Zakaria (Soloz) melahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai pemain MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia dan Singapura (MPL) untuk Musim Keempat.

Soloz berkata, dia dedikasikan anugerah MVP itu kepada peminatnya.

“Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana ini adalah rezeki dariNya. 

“Terima kasih juga saya kepada mereka yang sudi mengundi saya sepanjang kempen MPL ini. Tanpa anda semua, memang tiada gelaran MVP ini. 

“Bukan saya yang MVP, sebenarnya penyokong sayalah MVP yang sebenarnya dalam kejayaan saya,” kata Soloz kepada What’s The Meta.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

MPL: EVOS SG tamatkan sumpahan, muncul juara musim keempat!

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends EVOS SG, muncul sebagai juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura seketika tadi.

EVOS SG menang 3-2 dalam satu perlawanan epik Grand Final yang berlangsung di KL Live, di sini hari ini.

MPL Malaysia dan Singapura menawarakan hadiah wang terkumpul sebanyak RM415,000.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: Soloz pemain MVP bagi Musim Liga

Published

on

Menurut MLBB, pemilihan itu adalah kerana konsistensi mutu persembahan dan corak permainan Soloz sepanjang musim liga. - Foto Facebook / Mobile Legends Bang Bang

Kapten pasukan Shopee Bosskurr Faris Zakaria (Soloz) dipilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia dan Singapura (MPL) untuk Musim Keempat.

Perkara itu diumumkan di laman Facebook MLBB seketika tadi.

Menurut MLBB, pemilihan itu adalah kerana konsistensi mutu persembahan dan corak permainan Soloz sepanjang musim liga.

“Tahniah! Tahap konsistensi adalah kuncinya. Permainan yang bijak secara konsisten. 

“Itu telah membuktikan kehebatan dan keberkesanan permainan sepanjang musim setakat ini,”kata MLBB dalam satu kenyataan hari ini.

ICYMI: Soloz menang Anugerah Pencipta Kandungan Paling Banyak Jumlah Tontonan Facebook

Soloz bersama Shopee Bosskurr meraih tempat keenam secara keseluruhan dalam pusingan peringkat liga itu.

Mereka bakal ke pusingan penentu (playoff) yang akan berlangsung di KL Live, Life Centre pada 19 dan 20 Oktober nanti.

Continue Reading

Mobile Legends

Mobile Legends, e-sukan, satukan dua jiwa Nusantara, Adam dan Puteri

Published

on

Penyatuan dua jiwa Nusantara antara Adam dan Puteri dalam satu majlis serba indah di Jember, Indonesia pada semalam. - Foto Adam Faiz

PENGULAS e-sukan tanah air, Adam Faiz Isa (Adam Spartanker) selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati , Anggraeni Eka Puteri Boy Sebastian Dwi Prihartono (Puteri) dalam satu majlis serba indah di Jember, Indonesia pada semalam.

Adam yang juga seorang penghibur penstriman langsung (streamer) berkata kematangan, kejelitaan serta peribadi yang lemah lembut menjadi tarikan utama bagi Adam untuk menjadikan Puteri sebagai teman hidupnya.

“Dia sangat matang, menawan, pandai memasak dan yang paling penting Puteri main Mobile Legends!

“Kebetulan hero kegemaran Puteri adalah Odette dan hero kegemaran saya adalah Johnson!

“Walaupun Puteri lebih berusia daripada saya, tetapi kematangannya yang membuat saya sangat tertarik kepadanya dan saya bangga untuk menggelarkannya sebagai isteri saya sehingga ke hujung nyawa,” kata Adam kepada What’s The Meta.

“Kalau dah sayang”

Jelas Adam, jodoh Tuhan hadir dalam pelbagai bentuk, umur dan rupa.

“Pada zaman sekarang, tiada batas umur. Kalau sudah sayang, sayang sahaja.

“Kepada Puteri, terima kasih kerana telah menguruskan urusan pernikahan dan perkahwinan ini dari awal sehingga akhir. 

“Saya berharap percintaan kita dapat memberikan impak positif kepada dunia e-sukan dan membuktikan e-sukan tiada batasnya antara dua negara,” tambah Adam.

Jelas Adam lagi, dia mengharapkan supaya Puteri akan sentiasa bahagia bersamanya.

“Saya cintakan awak, Puteri!” kata Adam.

Mengulas detik pertama pertemuan, Adam berkata ia bermula pada kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends yang berlangsung pada Julai 2018 di Jakarta, Indonesia.

Jelas Adam, Puteri merupakan peminat pasukan organisasi e-sukan RRQ dan mengikuti liga Mobile Star League dengan rapat.

Menerusi liga itu, Puteri mengenali Adam sebagai pengulas e-sukan di Malaysia.

“Ketika saya sedang membeli Chatime di MSC, Puteri mengajak saya untuk mengambil gambar.

“Jika saya dan bersama rakan-rakan yang lain untuk pulang dan tidak ke Chatime, mungkin saya tidak menjadi suaminya hari ini,” kata Adam.

Gambar Adam dan Puteri pada 29 Julai 2018.

Adam atau senang dikenali sebagai Adam Spartanker merupakan salah satu pengulas e-sukan tanah air popular tanah air. Adam sebelum ini pernah mengulas untuk Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura.

Dia juga sering melakukan penstriman langsung bersama peminat-peminatnya menerusi laman Facebook, yang mempunyai 66,000 pengikut ketika ini.

Kami di What’s The Meta ingin mengucapkan tahniah atas kelangsungan perkahwinan yang sangat indah ini dan semoga sentiasa dipermudahkan urusan penyatuan dua jiwa ini sehingga akhir hayat!

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved