Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Berkat doa solat hajat isteri, ibu bapa – Man Parang

Published

on

Man Parang bersama isterinya yang sentiasa menyokong perjuangannya dalam menjadi yang terbaik dalam e-sukan PUBG Mobile - Foto Facebook / Man Parang

KAPTEN pasukan PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank, Aiman Mohd atau senang dikenali sebagai Man Parang meluahkan rasa kesyukuran dengan sokongan tanpa henti yang diberikan keluarganya dalam perjalanan karier e-sukannya.

“Saya rasa bersyukur sangat sebab mendapat sokongan penuh dari isteri dan ibu bapa saya yang tidak pernah putus mendoakan dan melakukan solat hajat untuk saya bagi mendapatkan slot ke Global Final PMCO kerana mereka tahu ini adalah impian saya.

“Saya sangat gembira dapat pergi ke Global Final. Ketika saya bermain menggunakan platform PC, rasa mustahil sangat untuk pergi ke peringkat dunia kerana untuk bertanding di peringkat Asia Tenggara pun agak sukar.

“Jadi apabila bermain secara kompetitif di PUBG Mobile, peluang itu lebih cerah dan akhirnya, impian jadi realiti,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

Man Parang bersama Yoodo Gank berjaya menampah slot ke Global Final PMCO 2019 selepas berjaya berada di kedudukan paling atas dalam kalangan pasukan Malaysia dalam Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split.

Selepas empat minggu bersaing di liga antarabangsa itu, Yoodo Gank meraih 590 mata, dengan 212 mata bunuh dan 2 Chicken Dinner.

Berikutan dengan pencapaian itu, Yoodo Gank layak ke Global Final sebagai pasukan Terbaik Malaysia pada pusingan liga PMCO Asia Tenggara.

Sebelum ini, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah Global Final PMCO yang dijangka akan diadakan pada akhir November ini.

Sebagai tuan rumah, Malaysia diberikan satu kelebihan slot khas dalam kejohanan itu yang ditentukan menerusi pencapaian pasukan terbaik Malaysia dalam peringkat Liga PMCO Asia Tenggara.

Dalam Liga PMCO Asia Tenggara, sebanyak 5 pasukan Malaysia yang bertanding iaitu Yoodo Gank, AROV Esports, Bapak Ah Esports, Team Secret dan VIP Squad.

Click to comment

Cuba komen sikit

PUBG Mobile

Baru 3 bulan ditubuhkan, Dingoz Esports sudah ke acara Asia Tenggara

Published

on

Dingoz Esports bersama 15 lagi pasukan Asia Tenggara kini bersaing di Kartika Expo, Balai Kartini, Jakarta, Indonesia bagi merebut kejuaraan kejohanan itu.

PASUKAN kompetitif PUBG Mobile tanah air, Dingoz Esports, yang baru ditubuhkan kira-kira 3 bulan lalu terpilih untuk wakil negara ke Kejohanan Arena Siber Asia Tenggara (SEACA), Jakarta, Indonesia.

Kapten pasukan Dingoz Esports, Muhammad Arrif Rosli berkata tiada perasaan dapat dilahirkan melainkan rasa bangga apabila dipilih untuk bersaing di kejohanan itu.

“Memang rasa bangga kerana menjadi pasukan yang bertuah untuk mewakili Malaysia.

“Meski pasukan Dingoz Esports baru sahaja ditubuhkan tiga bulan lalu, namun barisan yang mewakili Dingoz MX sebenarnya sudah bersama lebih setahun dalam arena PUBG Mobile.

“Sebelum ini kami dikenali sebagai MUTANTx (MX),” kata Muhammad Ariff ketika dihubungi What’s The Meta Today.

Jelas Muhammad Ariff, dia bersama ahli pasukannya berlatih sekurang-kurangnya 4 jam sehari bagi mengukuhkan lagi persefahaman serta membina taktikal yang baharu untuk beraksi di peringkat kompetitif.

Dingoz Esports bersama 15 lagi pasukan Asia Tenggara kini bersaing di Kartika Expo, Balai Kartini, Jakarta, Indonesia bagi merebut kejuaraan kejohanan itu.

Selain Dingoz Esports, ESG Gaming turut terpilih mewakili Malaysia bagi kejohanan itu.

Mengulas mengenai arena PUBG Mobile di Malaysia, Muhammad Arrif berkata acara e-sukan itu menjadi semakin kompetitf berbanding tahun lalu.

“Banyak pasukan di Malaysia sudah membuktikan mereka layak beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

“Melalui perkembangan ini, menjadikan lebih ramai anak muda akan bersaing antara satu sama untuk menjadi yang terbaik di peringkat kompetitif,” katanya.

Bagi anda yang mahu memberikan sokongan kepada Dingoz Esports, boleh ke YouTube Unipin Gaming https://www.youtube.com/watch?v=rx2TbtjaaJs

Continue Reading

PUBG Mobile

Bapa Smokey AROV meninggal dunia

Published

on

KUALA LUMPUR- Bapa kepada pemain kompetitif pasukan AROV Esports Mohamad Umarul Hakimi (Smokey) dilaporkan meninggal dunia pada jam kira-kira 1.30 petang tad.

Menurut AROV Esports, jenazah arwah bapa Smokey kini sedang dibawa pulang ke kampungnya di Kuala Selangor, Selangor.

Pada awal bulan lalu Smokey yang sedang beraksi untuk kejohanan antarabangsa PMCO Asia Tenggara Fall Split di Shanghai China, terpaksa pulang ke tanah air kerana bapanya menghidapi kanser tahap empat.

Kami di What’s The Meta Today mengucapkan salam takziah buat Smokey dan keluarga. Semoga arwah sentiasa ditempatkan bersama golongan beriman.

Al-Fatihah

Continue Reading

PUBG Mobile

Pemain profesional PUBG Mobile Malaysia, Boyka kini sah jadi jurulatih Bigetron RA

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli kini sah mejadi jurulatih bagi pasukan terkemuka Asia Tenggara, Bigetron RA.

Boyka yang sebelum ini bertindak sebagai kapten AROV Esports berkata dia memang tidak sangka dengan tawaran yang diberikan oleh gergasi Indonesia itu.

“Sejujurnya saya tidak percaya dan terharu kerana diberi tanggungjawab yang besar ini.

“Saya berjanji akan cuba sehabis mungkin untuk membantu dan membimbing mereka supaya menjadi juara dunia nanti.”

Boyka difahamkan akan berangkat ke Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat.

Boyka juga mengesahkan dia masih lagi bersama AROV Esports.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!