Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Memang kami sorok strategi sebelum ini, di Global Final baru berikan sepenuhnya – Bigetron RA

Published

on

Bigetron RA mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron RA, mengakui tidak menonjolkan kesemua strategi yang mereka ada dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.

“Kami memang tidak mengeluarkan strategi yang kami ada di peringkat saringan awal namun kami sedang menunjukkan kesemua sekarang di Final Global.

“Kami tidak pasti bagaimana prestasi pasukan Asia Tenggara lain tapi untuk kami, ini adalah peluang terakhir pada tahun ini untuk memenangi kejohanan antarabangsa.

“Kami hanya bermain seperti biasa, tidak sangka akan berada di kedudukan teratas,” kata Pemain Bigetron RA, Made Bagus Prabaswara (Luxxy).

Dia berkata demikian dalam satu sidang media selepas tamat hari kedua Acara Utama Final Global Musim Luruh 2019 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Luxxy bersama Bigetron RA kini berada di kedudukan pertama selepas 10 pusingn telah berlangsung pada Grand Final PMCO Musim Luruh.

Mereka kini mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih.

Selain Luxxy, Bigetron terdiri daripada, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan itu ketika ini sedang mendapat khidmat jurulatih sementara dari pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka).

Mereka jauh meninggalkan pasukan yang berada di kedudukan nombor dua iaitu pasukan China, TOP Esports yang memperoleh 128 mata dengan 2 Chicken Dinner.

Sementara itu pasukan Malaysia, Yoodo Gank naik satu tangga hari ini iaitu di tangga ke-11 dengan 69 mata secara keseluruhan.

Tinggal 6 peta hari ini, adakah Bigetron mampu mengekalkan momentum mereka?

Click to comment

Cuba komen sikit

PUBG Mobile

#PMSCWorldCup2019: VIP berada di kedudukan ke-7 pada hari pertama

Published

on

Berbaki lagi dua pusingan hari ini, VIP perlu berada sekurang-kurangnya di kedudukan lapan teratas untuk mara ke Grand Final PMSC. - Foto YouTube / PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Victorious in Play (VIP) dilihat memberikan mutu persembahan yang baik pada hari pertama Piala Dunia PUBG Mobile Star Challenge (PMSC) 2019 pada hari pertama.

Dalam pusingan pertama, di peta Erangle berada di kedudukan ke-9, selepas mendapat 4 mata bunuh dan 5 mata secara keseluruhan.

VIP yang berada di kumpulan B, kemudian berada di kedudukan ke-4 pada pusingan kedua dengan 10 mata bunuh dan 24 mata secara keseluruhan.

Menerusi kedua-dua pusingan itu, VIP kini berada di kedudukan ke-7 secara keseluruhan.

“Alhamdulillah untuk keputusan pagi ni, GGWP! Harap esok tetap konsisten untuk ke mara ke Grand Final. Terima kasih atas sokongan semua” kata VIP.

Berbaki lagi dua pusingan hari ini, VIP perlu berada sekurang-kurangnya di kedudukan lapan teratas untuk mara ke Grand Final PMSC yang menawarkan kira-kira RM416,000 untuk juara.

VIP Squad yang merupakan satu-satunya wakil Malaysia dan barisan utama untuk kejohanan ini adalah: 

  • Muhammad Afiq bin abdul Aziz (Yakuza) – Kapten
  • Ahmad Zamir bin Mohamad Azme (BenV)
  • Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman (Hyqul)
  • Saiful Azri Rosli (xSai)

Kejohanan PMSC itu berlangsung di Riyadh, Arab Saudi menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Siaran langsung PMSC akan ditayangkan di YouTube PUBG Mobile.

Continue Reading

PUBG Mobile

#PMSCWorldCup2019: VIP Squad akan bertarung pada jam 12.30 pagi nanti

Published

on

VIP Squad yang merupakan satu-satunya wakil Malaysia berada dalam kumpulan B bersama 15 pasukan lain dari seluruh dunia. - Foto fail What's The Meta

Pasukan PUBG Mobile tanah air, VIP Squad bakal beraksi dalam Piala Dunia Star Challenge 2019 (PMSC) pada jam 12.30 pada pagi nanti.

VIP Squad yang merupakan satu-satunya wakil Malaysia berada dalam kumpulan B bersama 15 pasukan lain dari seluruh dunia.

Pada pusingan pertama nanti perlawanan akan berlangsung dalam peta Erangle manakal pusingan kedua akan berlangsung dalam peta Vikendi.

Pada kejohanan ini barisan utama VIP Squad terdiri daripada :

  • Muhammad Afiq bin abdul Aziz (Yakuza) – Kapten
  • Ahmad Zamir bin Mohamad Azme (BenV)
  • Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman (Hyqul)
  • Saiful Azri Rosli (xSai)
  • Mohammad Syafiq Mohd Sabri (Apicks)Â – Simpanan

Pemilihan VIP Squad adalah berikutan pasukan tersebut pernah menjuarai Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu.

Kejohanan PMSC itu berlangsung di Riyadh, Arab Saudi menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Siaran langsung PMSC akan ditayangkan di YouTube PUBG Mobile.

Continue Reading

PUBG Mobile

PUBG Mobile: VIP Squad wakil Malaysia ke Star Challenge World Cup 2019

Published

on

VIP Squad muncul sebagai juara Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, VIP Squad bakal mewakili Malaysia ke Piala Dunia Star Challenge 2019 (PMSC) yang akan bermula pada 12 Disember nanti.

Pada kejohanan ini barisan utama VIP Squad terdiri daripada :

  • Muhammad Afiq bin abdul Aziz (Yakuza) – Kapten
  • Ahmad Zamir bin Mohamad Azme (BenV)
  • Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman (Hyqul)
  • Saiful Azri Rosli (xSai)
  • Mohammad Syafiq Mohd Sabri (Apicks) – Simpanan

“Doakan kejayaan kami disana nanti! InsyaAllah jika ada rezeki, tidak akan ke mana,” kata VIP dalam satu kenyataan.

Pemilihan VIP Squad adalah berikutan pasukan tersebut pernah menjuarai Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu.

PMSC yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Selain VIP Squad, 31 pasukan PUBG Mobile dari seluruh dunia akan bertarung untuk kejohanan PMSC ini.

Pasukan negara jiran, RRQ Athena (Thailand) dan EVOS Esports (Indonesia) turut akan menyertai kejohanan dunia ini.

Sebelum ini VIP Squad layak ke Liga PMCO di Shanghai, China, dua kali berturut-turut. Pada liga Musim Luruh, VIQ Squad berada di tangga ke-7 secara keseluruhan.

Pada liga Musim Bunga pula, mereka meraih tempat ke-11 secara keseluruhan.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!