Connect with us

Fortnite

Remaja 16 tahun, Bugha menang Piala Dunia Fortnite, bawa pulang RM12 juta

Published

on

Bugha berjaya mengumpul 59 mata secara keseluruhan dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM12 juta. - Foto paparan layar YouTube / Fortnite

KEJOHANAN berprestij Final Solo Piala Dunia Fortnite semalam menyaksikan pemain profesional untuk organisasi e-sukan Amerika Syarikat, Kyle Giersdorf (Bugha) muncul sebagai juara.

Dalam kejohanan itu juga menyaksikan pemain berusia 16 tahun itu berjaya mengumpul 59 mata secara keseluruhan dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM12 juta (AS$3 juta).

“Tiada kata yang dapat diungkapkan ketika ini.

“Saya sangat gembira. Segala usaha keras dan latihan saya selama ini membuahkan hasil. Ini memang luar biasa,”katanya kepada pengacara selepas memenangi kejohanan tersebut.

Bugha menyertai Sentinels sejak 25 Mac lalu dan telah menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk World Cup Warumup bagi kategori duo.

Piala Dunia Fortnite yang berlangsung di New York Arthur Ashe Stadium bermula sejak 26 Julai lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul RM123 juta secara keseluruhan (AS$30 juta)

Ia turut ditayangkan secara langsung di YouTube dan meraih 8 juta tontonan setakat ini.

Sumber Foto: YouTube / Fortnite

Click to comment

Cuba komen sikit

Trending