Connect with us

SUKAN SEA 2019

Sukan SEA 2019: Atlet e-sukan dalam kategori B, perlu cari dana sendiri

Published

on

Selain e-sukan, beberapa sukan lain pun berada dalam kategori B sistem penarafan atlet MOM ini.

KUALA LUMPUR –  Atlet-atlet Sukan elektronik (E-Sukan) dikategorikan atlet kategori B Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan perlu menanggung pembiayaan sendiri ke Sukan SEA 2019.

Menurut pengurus atlet e-sukan ke Sukan SEA 2019, Firdaus Hashim (MasterRamen) memandangkan e-sukan masih baharu dalam penyertaannya ke dalam temasya sukan dwitahunan itu dan bukan ahli MOM, ia secara automatik jatuh ke dalam kategori B.

“Beberapa sukan lain pun berada dalam kategori ini. E-sukan pun masih baharu.

“Bagi hal ini, kita terserah kepada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) untuk mencari penajaan atau dana bagi menghantar atlet ke Sukan SEA. Tanggungjawab ESM untuk hantar atlet dalam keadaan selesa.

“Seharapnya jika dalam Sukan SEA nanti kita boleh memenangi pingat dan mungkin boleh meningkatkan kategori MOM itu,” kata MasterRamen.

MasterRamen berkat demikian kepada What’s The Meta selepas menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan SEA ke-30 kali pertama di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini, semalam.

BACA: Persiapan bootcamp akan diketahui Isnin ini

Mesyuarat itu diadakan untuk memberi taklimat mengenai tanggungjawab pengurus dalam persediaan atlet ke Sukan SEA.

Terdapat dua kategori atlet sukan iaitu A dan B dalam sistem penarafan atlet MOM untuk menghantar atlet atau pasukan ke kejohanan antarabangsa.

Menurut agensi berita BERNAMA, bagi kategori A, segala perbelanjaan akan ditanggung MOM manakala atlet atau pasukan berpotensi yang gagal melepasi had kelayakan perlu menanggung pembiayaan sendiri di bawah kategori B.

Bagaimanapun, BERNAMA turut melaporkan segala perbelanjaan atlet atau pasukan kategori B akan dibayar balik oleh MOM sekiranya berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sebanyak enam acara e-sukan dipertandingkan di Sukan SEA 2019, iaitu: 

  • Defence of the Ancients (Dota 2)
  • Starcraft II
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Arena of Valor
  • Tekken 7
  • Hearthstone

Sukan SEA 2019 dijangka berlangsung pada November sehingga Disember nanti.

Click to comment

Cuba komen sikit

SUKAN SEA 2019

Sukan SEA 2019: Persiapan bootcamp akan diketahui Isnin ini

Published

on

MASTER RAMEN: Seharapnya selepas perbincangan nanti kita boleh muktamadkan segala perkara berkaitan bootcamp. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Persiapan latihan dan bootcamp bagi atlet-atlet e-sukan dijangka akan diketahui sepenuhnya pada Isnin ini.

Pengurus atlet e-sukan ke Sukan SEA, Firdaus Hashim (MasterRamen) berkata satu perjumpaan akan diadakan pada Isnin depan bagi membincangkan isu kontrak dan latihan bersama atlet-atlet untuk ke temasya sukan dwitahunan itu.

“Mengenai bootcamp, kita kena tunggu pada Isnin ini.

“Saya sudah berjumpa dengan beberapa atlet-atlet e-sukan dan ada yang meminta perkhidmatan jurulatih, mahu ke Korea untuk menjalani latihan dan sebagainya.

“Seharapnya selepas perbincangan nanti kita boleh muktamadkan segala perkara berkaitan bootcamp,” kata MasterRamen kepada What’s The Meta selepas menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan SEA ke-30 kali pertama di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini, semalam.

Jelasnya mesyuarat itu adalah mengenai taklimat mengenai tanggungjawab pengurus dalam persediaan atlet ke Sukan SEA.

MasterRamen berkata satu mesyuarat pemilihan atlet akan diadakan bersama MOM pada Khamis depan untuk melakukan saringan sama atlet-atlet berkenaan layak atau tidak untuk menyertai Sukan SEA.

Sebanyak enam acara e-sukan dipertandingkan di Sukan SEA 2019, iaitu:

  • Defence of the Ancients (Dota 2)
  • Starcraft II
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Arena of Valor
  • Tekken 7
  • Hearthstone

Sukan SEA 2019 dijangka berlangsung pada November sehingga Disember nanti.

Continue Reading

Trending