Connect with us

General

SukanSEA2019: Saya cuba bimbing atlet e-sukan, bawa pulang emas – MasterRamen

Published

on

MASTER RAMEN: InsyaAllah, dengan pengalaman dan ilmu yang ada, saya akan cuba untuk membimbing atlet-atlet e-sukan di Sukan SEA nanti.

KUALA LUMPUR –  Pengarah Mineski Event Team (MET) Malaysia Firdaus Hashim atau senang dikenali sebagai MasterRamen berazam untuk memberikan yang terbaik dengan tanggunggjawab yang diberikan sebagai pengurus atlet-atlet e-sukan ke Sukan SEA 2019 nanti.

“Terima kasih kepada Persatuan E-Sukan Malaysia (ESM) terutama kepada Presiden Datuk Ananth S Nathan dan Setiausaha Agungnya, Hisyam Darus kerana meletakkan kepercayaan kepada saya bagi tugasan ini.

“InsyaAllah, dengan pengalaman dan ilmu yang ada, saya akan cuba untuk membimbing atlet-atlet e-sukan di Sukan SEA nanti.

“Saya cuba untuk membawa pulang emas bagi Malaysia,” kata MasterRamen ketika dihubungi Whats The Meta mengenai pemilihannya sebagai pengurus pasukan e-sukan kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina nanti.

Pada pagi tadi, Presiden ESM Datuk Ananth S Nathan mengumumkan MasterRamen diberi tanggungjawab untuk menggalaskan tugas pengurus tersebut.

Menurut Ananth, pemilihan itu adalah kerana faktor pengalaman dan pengetahuan beliau yang luas mengenai industri sukan elektronik ini. 

Berikutan pemilihan itu juga MasterRamen bertanggungjawab untuk mengurus atlet-atlet Malaysia yang akan menyertai enam acara-acara e-sukan dipertandingkan di Sukan SEA 2019, iaitu Defence of the Ancients (Dota 2), Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang, Arena of Valor, Tekken 7 dan Hearthstone.

Sukan SEA 2019 dijangka berlangsung pada November sehingga Disember nanti.

MasterRamen bukan satu nama asing dalam industri e-sukan di Malaysia.

Ada dalam kalangan peminat dan penggiat e-sukan menggelarkannya sebagai “Bapa E-Sukan Malaysia” berikutan sumbangannya dalam industri ini.

Sejak menceburi bidang ini pada 2012, MasterRamen telah menjadi pengurus untuk beberapa pasukan e-sukan ke kejohanan antarabangsa.

Beliau yang juga merupakan salah seorang Exco ESM, pernah menjadi pengurus pasukan e-sukan Lowyat.Net Esports, Arrow Gaming, Mineski-X dan penasihat untuk Orange Taring.

MasterRamen juga pernah mengurus pasukan-pasukan e-sukan untuk ke kejohanan berprestij seperti The International 4, Asian Cyber Games SEA Invitational 2014, StarLadder SEA dan The International 6.

Pada tahun ini, beliau juga dipilih sebagai Pencipta Kandungan Rasmi untuk Facebook Gaming.

Click to comment

Cuba komen sikit

General

TMJ perkenan terima lantikan Penasihat Diraja ESM

Published

on

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan (kanan) menerima mengadap perwakilan dari Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM). Foto Facebook / HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima pelantikan selaku Penasihat Diraja kepada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM).

Baginda memuat naik satu status menerusi laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, mengenai perkara berkenaan pada malam Rabu selepas menerima mengadap perwakilan dari ESM Hisham Darus bersama Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan di Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, pihak ESM menyatakan penghargaan kepada Tunku Ismail di atas perkenan untuk menjadi Penasihat Diraja ESM.

“ESM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke atas Tunku Ismail di atas perkenan untuk menjadi Penasihat DiRaja buat persatuan ini.

“Baginda akan menasihati dan memberikan buah fikiran yang akan mengangkat industri e-sukan di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi pada akan datang. 

“Diharapkan penggiat e-sukan tanah air akan terus memberikan sokongan kepada persatuan ini agar penstrukturan, penyelarasan dan pembangunan sukan elektronik ini dapat digerakkan ke peringkat akar umbi,” kata Hisham Darus.

 

Continue Reading

General

8 perkara sebelum tandatangani kontrak pasukan e-sukan

Published

on

Apakah yang anda perlu lakukan sebelum menandatangai sesebuah kontrak? - Foto fail

SATU perkara yang kita tidak boleh nafikan ketika ini, komuniti dan e-sukan dalam negara membangun dengan rancak ketika ini.

Ketika ini jugalah banyak pasukan dan organisasi e-sukan mula ditubuhkan dan mengatur strategi masing-masing untuk terus kekal relevan dalam industri ini.

Ia dilihat sebagai platform yang baik bagi mana-mana pemain e-sukan untuk sertai kejohanan kompetitif dan mendapat pengurusan yang lebih daripada pasukan atau organisasi e-sukan.

Memang tidak menafikan menyertai sesebuah pasukan memanglah satu perkara yang menerujakan namun tidak bermaksud untuk anda boleh mengambil mudah mengenai kontrak bersama pasukan pilihan. 

Berikut adalah 5 perkara ringkas yang anda perlu tahu sebelum menandatangani kontrak dengan organisasi, pasukan e-sukan.

  1. Fahami apa kontrak tersebut
  2. Ketahui siapakah pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut
  3. Fahami apakah terma-terma dan syarat-syarat kontrak
  4. Ketahui apakah situasi yang membolehkan kontrak itu terbatal
  5. Ketahui apakah impak dari segi undang-undang jika terlanggar terma-terma dan syarat-syarat kontrak 
  6. Anda boleh mengambil masa untuk membaca kontrak sebelum menandatangani kontrak tersbut
  7. Anda boleh tidak setuju dengan terma-terma dan syarat-syarat kontrak
  8. Pastikan anda betul-betul fahami kontrak sebelum menurunkan tandatangan

Itu antara nasihat yang dikongsikan peguam Ain Najwa Mohd Mailan, daripada Firma Aisah Ghani & Co.

Bagi anda mahu mengetahui lebih lanjut, firma tersebut akan mengadakan klinik khidmat nasihat perundangan secara percuma esok di Starbucks Citta Mall.

Boleh lihat poster di bawah untuk menghubungi pihak berkaitan jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat perundangan tersebut:

Continue Reading

General

MPL: Adakah jemputan terus Reborn sah?

Published

on

Reborn sebelum ini muncu juara musim kedua MPL Malaysia dan Singapura. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Malaysia diumumkan penganjur dalam satu kenyataan media hari ini, telah mendapat jemputan terus ke Liga Profesional (MPL) Musim Keempat.

Pasukan-pasukan tersebut adalah:

  • Geek Fam (Juara MPL Musim Ketiga)
  • Reborn (Kedudukan ke-5/6 Musim ketiga)
  • Xpax X-Assins (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)
  • Shopee Bosskurr (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)

Namun timbul persoalan sama ada jemputan terus Reborn untuk ke liga musim keempat itu sah apabila tiga daripada pemain tersebut telah pun meninggalkan pasukan tersebut selepas selesai MPL musim lalu.

BACA:  Pasca MPL : Loong, Rynn, Evilx tinggalkan Reborn

Menurut Pengurus E-sukan Moonton, Jayden Wei dalam satu kenyataan hari ini, selagi pasukan-pasukan berkenaan (yang mendapat jemputan terus) masih mengekalkan 60% barisan pemain masih sama seperti musim ketiga, mereka layak untuk menyertai liga yang akan datang.

Pada musim lalu, pemain reborn terdiri daripada Silo (Akmal Afi Uzair Daud), Muhd Nurhafis Jamiran (Evilx), Saw Kee Loong (Loong), Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn), Lacid (Fiqri Atiq Mohd Fauzi Lai) dan Kenpanchi.

Barisan pemain Reborn pada musim lalu. – Foto mysg.mpl.mobilelegends.com

Bagaimanapun, pada April lalu tiga ahli pasukan tersebut Loong, Rynn dan Evilx umum meninggalkan pasukan terkemuka Reborn.

Situasi ini menimpulkan persoalan sama adakah jemputan terus Reborn sah, memandangkan menurut Moontoon, setiap pasukan perlu memastikan sekurang-kurangnya 60% barisan pemain yang sama seperti musim ketiga.

What’s The Meta ketika ini sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur.

Continue Reading

Trending