Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Rumusan hari kelima: Tiada ‘ong’ bagi pasukan China

Published

on

Penganalisis menyifatkan perlawanan ulangan Grand Finals The International 8 ini adalah seperti Chaos Dota vs Method Dota. - Foto Twitch / @dota2ti

SHANGHAI – Juara The International edisi lepas, OG, menjadi pasukan yang pertama menempah tiket ke perlawanan akhir selepas membenam cabaran pasukan tuan rumah, PSG.LGD 2-1 yang disaksikan oleh ribuan penonton khususnya penyokong tempatan.

Penganalisis menyifatkan perlawanan ulangan Grand Finals The International 8 ini adalah seperti Chaos Dota vs Method Dota.

Pada perlawanan yang pertama, kemenangan berpihak kepada PSG.LGD selepas mereka mempamerkan aksi yang kemas dan penuh berdisiplin di bawah kepimpinan pemain berpengalaman, Xu Linsen (fy).

Selepas itu, dalam perlawanan kedua pula OG seakan-akan mengamuk dengan pemain carry mereka, Anathan Pam (ana) yang menggunakan Alchemist telah menyiapkan Radiance dalam masa 10 minit dan itu adalah rekod keempat terawal bagi hero tersebut untuk mereka memenangi perlawanan kedua dan mengheret ke perlawanan penentuan.

Pada perlawanan ketiga, ketua pasukan OG, Johan Sundstein (Notail) telah membuat satu perkara yang menarik ketika dalam fasa draf hero yang membuatkan penonton sedikit meragui keputusannya.

Pada pemilihan hero terakhir beliau telah memilih Legion Commander dan menolak Tidehunter sebagai solo middle untuk Topias Taavitsen (Topson) selepas sahaja mereka melihat PSG.LGD memilih Slark untuk pemain carry mereka, Lu Yao (Somnus).

Ternyata taktikal itu berjaya dan menyebabkan penonton di Mercedes-Benz Arena tergamam seketika selepas pasukan kesayangan mereka terpaksa turun ke lower bracket kerana tewas kepada OG 2-1.

Hari ini bukanlah hari yang begitu baik untuk pasukan tuan rumah kerana pada pagi tadi sebuah lagi pasukan dari China, Vici Gaming telah ditunjukkan jalan keluar oleh Team Secret dalam satu siri perlawanan yang pantas.

BACA: MidOne dan Team Secret kini Top 4

Pada sebelah petang pula untuk siri perlawanan terakhir hari ini, Team Secret sekali lagi naik ke pentas utama untuk bertemu dengan bekas juara The International 7, Team Liquid.

Pemain Malaysia, Yeik Nai Zheng (MidOne) dan rakan sepasukan yang lain seolah-olah terpaku dengan kehebatan Team Liquid yang luar biasa.

Team Liquid seolah-olah tidak mempunyai masalah ketika menentang pendahulu Dota Pro Circuit itu dan memenangi siri tersebut 2-0 bagi meletakkan diri mereka ke kelompok 3 pasukan yang terakhir.

Juara The International 9 bakal diketahui esok dalam perlawanan akhir yang akan melibatkan OG menentang pemenang sama ada Team Liquid ataupun wakil tunggal tuan rumah, PSG.LGD dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM63.4 juta ($15.2 juta).

Click to comment

Cuba komen sikit

DOTA 2

#TI9 – OG julang Aegis of Champions kali kedua, bawa pulang RM64 juta

Published

on

OG menjadi pasukan profesional Dota 2 yang pertama di dunia merangkul kejuaraan itu sebanyak dua kali membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM64 juta (AS$15.4 juta). - Foto What's The Meta / Faizal Ramli

SHANGHAI – Pasukan profesional Dota 2 OG, muncul juara bagi Kejohanan Dunia The International 2019 selepas menewaskan pasukan Liquid 3-1 pada grand final yang berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

Menerusi kemenangan itu OG mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan profesional Dota 2 yang pertama di dunia merangkul kejuaraan itu sebanyak dua kali berturut-turut membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM64 juta (AS$15.4 juta).

Pasukan itu juga mengekalkan barisan pemainnya pada The International lepas yang daripada Johan Sundstein (N0tail), Anathan Pham (ana), Topias Taavitsainen (Topson), Sébastien Debs (Ceb) dan Jesse Vainikka (JerAx).

“Memang sukar dipercayai. Memang seronok rasanya. Terima kasih kepada peminat dan rakan-rakan kerana menjadikan perkara ini menjadi realiti,” kata kapten OG, N0tail ketika ditemu ramah pengacara selepas selesai menjulang trofi Aegis of Champions di hadapan penonton Mercedes-Benz Arena, di sini, hari ini.

Sementara itu bagi naib juara, Team Liquid yang digelar sebagai raja lower bracket bagaimana pun terpaksa akur dengan kekalahan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM18 juta (AS$4.4).

Dominasi OG yang pantas, ganas, dan rakus

Corak permainan OG pada pentas antarabangsa kali ini memang diakui berada pada kelasnya tersendiri. OG bermula dengan sangat baik sejak pusingan peringkat kumpulan dan tidak pernah jatuh dari pusingan upper bracket.

Pada Grand Final, OG tewas pada pusingan pertama berikutan beberapa kesilapan terutama apabila Ana mati di Top Lane high ground Radiant.

Menyedari persediaan Spectre di pihak OG akan memakan masa, Team Liquid terus memilih untuk menyerang ke Ancient Dire.

Keputusan Ana untuk buyback lewat pada ketika itu yang boleh dikatakan memakan diri.

Namun situasi dilihat bertukar selepas itu apabila pemilhan hero Monkey King yang digunakan Topson pada akhir draf telah merubah keadaan permainan.

Team Liquid dilihat tidak mampu menandingi langsung skil luar biasa yang ada pada Topson ketika menggunakan hero ini.

Topson juga telah memperoleh Rampage pertama Grand Finals hari ini selepas membunuh kesemua hero lawan.

Ana turutberjaya menebus kembali kesilapannya dalam game pertama untuk membantu OG mengikat kedudukan.

Pada pusingan ketiga dan keempat, OG dilihat bermain dengan sangat ganas, pantas dan rakus. Pemilihan hero sekali lagi memainkan peranan penting untuk OG.

Topson harus diberikan penghormatan yang selayaknya oleh peminat Dota 2 sebagai pemain  midlane terbaik untuk kejohanan ini.

Dia telah menunjukkan satu persembahan yang memukau untuk TI kali ini.

Continue Reading

DOTA 2

#TI9 – Kemaraan xNova dan PSG.LGD dihentikan Team Liquid

Published

on

Pemain profesional Dota 2, Yap Jian Wei (xNova) bersama pasukannya PSG.LGD bakal bertemu OG sekali lagi

SHANGHAI – Perjalanan pemain profesional Dota 2, Yap Jian Wei (xNova) bersama pasukannya PSG.LGD menemui penamatnya apabila tewas kepada raja pusingan lower bracket Pasukan Liquid 2-1 seketika tadi.

Menerusi kekalahan itu, PSG.LGD mengakhiri perjalanan mereka di Kejuaraan Dunia The International 9 (TI9) di tempat ketiga dan membawa hadiah wang terkumpul kira-kira RM12 juta (AS$3juta).

Pasukan Liquid bakal bertemu dengan juara musim lalu, OG, menerusi format Best of 5, pada Grand Final yang berlangsung di Mercedes-Benz Arena, di sini hari ini.

Juara TI 9 akan membawa pulang kira-kira RM60 juta (AS$15).

Penggunaan Rubick ke-100 oleh Fy

Pada pusingan pertama bagi final lower bracket itu menyaksikan PSG.LGD menggunakan hero; Elder Titan, Rubick, Centaur Warruner, Gyrocopter dan Specter.

Manakala Team Liquid menggunakan hero; Tiny, Faceless Void, Mirana, Tinker & Shadow Demon.

Menerusi pusingan ini menyaksikan pemain PSG.LGD, Fy merekodkan perlawanan ke-100 bagi penggunaan Rubick sepanjang karier profesionalnya.

Aksinya pada pusingan itu seperti tiada tandingannya sehingga menghadiahkan mata kemenangan pertama pada siri perlawanan akhir lower bracket.

Pada penghujung perlawanan, Fy telah mencuri Disruption dari Shadow Demon dan menggunakannya untuk menyelamatkan Gyrocopter yang terperangkap di dalam Chronosphere milik pemain Liquid, Miracle.

PSG.LGD menang, Mercedes-Benz Arena digegarkan dengan sorakan peminat tempatan dengan teriakan: “LGD! LGD! LGD!”

Team Liquid bukti siapa raja Comeback

Pada pusingan kedua, Team Liquid kembali mendapat rentak dengan menggunakan hero; Sven, Dark Seer, Elder Titan, Rubick dan Templar Assassin.

Sementara itu PSG.LGD menggunakan Centaur Warruner, Lion, Jakiro, Hsukar dan Lifestealer.

Pada pusingan ini, peminat tempatan mengharapkan agar PSG.LGD menamatkan saingan ini dengan 2-0 dan mara ke grand final.

Namun mereka boleh sahaja lupakan harapan itu apabila Team Liquid membuat satu comeback yang luar biasa dalam perlawanan kedua untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Bermula dengan pertahanan highground yang baik selepas pemain PSG.LGD Ame dan Somnus tersalah meletakkan posisi mereka kerana terlalu yakin berada di hadapan.

Team Liquid mengekalkan momentum tersebut sehingga ke pertarungan yang terakhir, apabila 3 hero PSG.LGD tiada buyback selama 2 minit.

Team Liquid kemudian berjaya mendapatkan Roshan dan terus mengasak laluan atas peringkat ketiga dan menyasarkan Ancient walaupun Ame cuba memberikan tekanan di Ancient mereka.

Mercedes-Benz Arena tergamam, terdiam

Sorakan penyokong tuan rumah di Mercedes-Benz Arena ini dilihat semakin tenggelam.

Tiada ruang bagi PSG.LGD untuk kembali bangkit daripada kekalahan perlawanan sebelum ini apabila Team Liquid terus beri tekanan kepada mereka dari awal perlawanan.

Barisan hero yang digunakan Team Liquid terdiri daripada; Tidehunter, Templar Assassin, Shadow Shaman, Winter Wyvern dan Wraith King.

Manakala PSG.LGD kali ini mempertaruhkan; Elder Titan, Rubick, Faceless Void, Shadow Fiend & Dark Seer.

Tidehunter yang digunakan pemain Liquid MC harus diberikan pujian kerana berjaya membuka ruang kepada w33 dan Miracle- untuk farm lebih lama bagi memenuhi slot barang mereka.

PSG.LGD yang tertekan terus menunjukkan aksi yang hambar dan asakan demi asakan dari Team Liquid terus melenyapkan sorakan penonton di Mercedes-Benz Arena.

Team Liquid mara ke perlawanan akhir dan bakal membuat perhitungan bersama OG bagi menentukan siapakah juara dunia The International 9.

Menariknya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjulang Aegis of Champion untuk kali yang kedua

Continue Reading

DOTA 2

#TI9 – MidOne dan Team Secret kini Top 4

Published

on

Pemain Malaysia MidOne bersama Team Seret berjaya mara ke pusingan yang seterusnya selepas menewaskan Vici Gaming 2-0 seketika tadi. - Foto Twitch / @dota2ti

SHANGHAI – Team Secret hari ini tampil dengan begitu garang sekali dengan pengaturan strategi baru sehingga berjaya mengelirukan lawan mereka, Vici Gaming sehingga hilang arah dalam perlawanan lower bracket Kejohanan Dunia Dota 2 The International 9, di sini, hari ini.

Pada beberapa perlawanan sebelum ini, Team Secret dilihat bermain sangat pasif di awal permainan namun hari ini lain pula ceritanya untuk siri perlawanan ini.

BACA: Taktik Team Secret ‘bela’ Nisha dipersoal peminat

Pada perlawanan pertama Team Secret memilih Io yang mempunyai 100% purata kemenangan sebagai hero untuk Nisha.

Nisha berjaya mengekalkan rekod itu dengan membawa kemenangan kepada Team Secret untik mendahului siri perlawanan itu.

Pesuingan kedua pula giliran Nisha ‘membela’ Team Secret dengan menggunakan Bristleback dan hanya 22 minit sahaja diperlukan untuk memenangi perlawanan ini.

Pada pusingan ini Team Secret menggunakan hero Tiny, Omniknight, Windranger, Crystal Maiden & Bristleback menewaskan Vici yang menggunakan hero Ogre Magi, Alchemist, Grimstroke, Centaur Warruner & Razor.

Team Secret mara ke pusingan seterusnya dana kan bertemu seteru utama, Team Liquid pada petang nanti.

Sementara itu, Vici yang tewas 0-2 seketika tadi membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM4 juta.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved