Connect with us

FIFA 19

VLOG: Masih berFIFA ya?

Siapa lagi main FIFA Online 3?!!

Published

on

Dalam segmen #MelawatKawasan kali ini, kami di WTM berjumpa dengan geng-geng FIFA Online yang Fun sempena Kejohanan Setiawasa Cup yang diadakan di Mineski Infinity Setiawangsa, yang dianjurkan Parlimen Setiawangsa dan Angkatan Muda Keadilan Setiawangsa!


Click to comment

Cuba komen sikit

FIFA

FIFA 19: Luqman Haziq ke Madrid, sertai kejohanan Gamergy

Published

on

PEMAIN kompetitif bagi pasukan FIFA Gamesbond Esports, Luqman Haziq Hajiman bakal menyertai Festival Permainan Video dan E-sukan Gamergy, di Madrid Sepanyol pada 21 sehingga 23 Jun ini.

Festival yang dianjurkan Institusi Pameran Perdagangan Madrid (IFEMA) dan Liga Profesional Permainan Video (LVP) itu turut akan disertai juara Liga Yeah Asia Pulau Pinang 2019, Ahmad Shahrin Shaharudin.

Luqman dan Shahrin difahamkan telah berlepas ke Madrid pada malam tadi bersama-sama bahagian pengurusan dan jurulatih Gamesbond Esports.

Gamergy kembali untuk edisi ke-10 pada tahun ini dan mensasarkan untuk melepasi jangkaan rekod penyertaan tahun lalu iaitu seramai 50,000 orang.

Selain FIFA 19, Gamergy turut menganjurkan e-sukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO), Clash Royale Orange Superleague dan Super Smash Bros. Ultimate.

Continue Reading

FIFA

Dari FIFA 19 ke FIFA Online 4, Shige teruja buat kemunculan sulung

Published

on

Terkenal dalam arena FIFA 19, Shige kini mencuba nasib dalam arena FIFA Online 4 dengan menyertai SEA Invitation Cup 2019 - Foto Facebook / Boon Shin Shige

Pemain kompetitif FIFA 19, Boon Shin (Shige) bakal membuat kemunculan sulung dalam kejohanan antarabangsa FIFA Online 4 (FO4) di SEA Invitation Cup 2019 di Thailand hari ini.

Shige berkata dia teruja apabila kapten FO4 Gamesbond, Darren Gan (RippedJean) mengajaknya untuk sertai kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM44,000.

“Saya rasa sangat teruja apabila Darren mengajak saya untuk sertai kejohanan ini kerana pentas FO4 sangat menakjubkan dan meriah.

“Cara permainan FO4 pula seakan-akan sama seperti FIFA 17 yang saya pernah main dulu. Saya akan aplikasikan pengalaman saya dalam kejohanan nanti.

“Bagi saya semuanya okay setakat ini, tapi perlu teruskan latihan sampai jadi sempurna. Sebelum ke Thailand, saya sudah menjalani latihan bersama-sama dengan RippedJean dan Ajim Hakim (zFeedMeMore) di Malaysia selama sebulan,” kata Shige ketika dihubungi WTM Today.

Graduan ijazah kewangan universiti swasta yang masih bersama pasukan FrostFire itu berhasrat untuk melakukan yang terbaik untuk negara dalam kejohanan itu.


Shige, zFeedMeMore dan juara EACC 2018 Ripped Jean merupakan atlet-atlet e-sukan Malaysia yang mewakili pasukan Gamesbond untuk kejohanan SEA Invitation Cup 2019 itu.

Dalam kejohanan itu yang bermula hari ini, Gamesbond bakal berdepan dengan pasukan Thailand TNB Blue dan pasukan Vietnam Vietnam Immortals bagi pusingan kumpulan B.

Continue Reading

FIFA 19

VBL: Amtuah minta maaf, Thailand rampas gelaran juara

Published

on

Juara Asia Tenggara sebanyak tiga kali, Amirul Afandi (AmTuah) memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas tewas dalam kejohanan Virtualle Bundesliga Asia Tenggara. - Foto paparan skrin Facebook / eGG Network

Pemain kompetitif FIFA 19 daripada pasukan Gamesbond Amirul Afandi (AmTuah) memohon maaf apabila gagal mempertahankan gelaran juara kejohanan Virtual Bundesliga (VBL) Asia Tenggara.

AmTuah berkata dia akur dengan mutu persembahan yang dipamerkan daripadanya memang kurang memuaskan.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Memang satu persembahan yang teruk. Saya tidak dapat mengekalkan kejuaraan kejohanan, hanya mampu meraih tempat ketiga,” kata AmTuah dalam satu kenyataan semalam.

AmTuah berkata demikian selepas tewas kepada juara kejohanan tersebut, Wisuwat Bhundhoombhoad pada semi final.

Dalam pusingan semi final itu, AmTuah yang merupakan juara Asia Tenggara sebanyak tiga kali, kalah 0-8 kepada pemain Thailand tersebut.

Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia Putra Sufrie Nizam Subardron berjaya mara ke suku akhir kejohanan tersebut selepas memenangi peringkat kelayakan tempatan pada Sabtu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mendapat tempat ke-enam dalam kejohanan ini.

“Saya sangat gembira kerana ini pertama kali saya mewakili Malaysia dan bertanding dalam kejohanan antarabangsa. Memang satu pengalaman bermakna bagi saya.

“Jika diberi peluang sekali lagi untuk mewakili Malaysia, saya akan ambil pengalaman itu dan memberikan saingan yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Putra yang baru berusia 18 tahun itu.

Kejohanan Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara yang berlangsung di Battle Arena, Petaling jaya itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM10,000.

Juara kejohanan tersebut membawa hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan layak ke final Siri Antarabangsa TAG Heuer VBL yang bakal berlangsung di Jerman.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!