Connect with us

PUBG Mobile

VSPN, Tencent benarkan Erynn Bapak Ah Esports ganti Smokey – AROV

Published

on

Berikutan kes kecemasan yang dihadapi Smokey, VSPN dan Tencent benarkan Arov Esports untuk menggunakan perkhidmatan Erynn sebagai pemain keempat AROV di PMCO. - Foto Instagram Erynn

PENGURUS dan jurulatih pasukan PUBG Mobile tanah air Bapak Ah Esports (Bapak Ah), Izzat Abdul Aziz (Erynn) sah bakal menggantikan tempat Mohamad Umarul Hakimi (Smokey) untuk bermain bagi pasukan AROV Esports di kejohanan antarabangsa PMCO Fall Split Shanghai, China.

Menurut pengurus AROV Esports, Danial Rusli, penganjur kejohanan VSPN dan Tencent telah memberi kebenaran dan peluang bagi Erynn untuk bermain sebagai pemain keempat pasukan itu.

“Berikutan kes kecemasan yang dihadapi Smokey, VSPN dan Tencent benarkan kami untuk menggunakan perkhidmatan Erynn sebagai pemain keempat AROV di PMCO. Tambahan lagi, kes berkenaan

“Erynn akan bermain untuk AROV Esports bermula pada hari keenam pada minggu ketiga sehingga berakhirnya liga PMCO ini iaitu pada 13 Oktobor.

“Terima kasih kepada Tencent dan VSPN kerana telah memberi peluang kepada kami untuk meneruskan perjuangan di kejohanan Asia Tenggara ini.

“Terima kasih juga kepada pengurus organisasi e-sukan Bapak Ah, MasterRamen kerana sudi membantu kami,” katanya kepada What’s The Meta.

Semalam bapa kepada Smokey dilaporkan menghidap kanser tahap empat.

Pengurus AROV Esports, Danial Rusli berkata, Smokey yang ketika ini berada di Shanghai, China akan pulang terus ke tanah air pada malam semalam.

Jelasnya, keadaan bapa Smokey kini berada dalam keadaan terkawal namun masih memerlukan pemantauan doktor.

Click to comment

Cuba komen sikit

PUBG Mobile

PMCO: Berkat doa solat hajat isteri, ibu bapa – Man Parang

Published

on

Man Parang bersama isterinya yang sentiasa menyokong perjuangannya dalam menjadi yang terbaik dalam e-sukan PUBG Mobile - Foto Facebook / Man Parang

KAPTEN pasukan PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank, Aiman Mohd atau senang dikenali sebagai Man Parang meluahkan rasa kesyukuran dengan sokongan tanpa henti yang diberikan keluarganya dalam perjalanan karier e-sukannya.

“Saya rasa bersyukur sangat sebab mendapat sokongan penuh dari isteri dan ibu bapa saya yang tidak pernah putus mendoakan dan melakukan solat hajat untuk saya bagi mendapatkan slot ke Global Final PMCO kerana mereka tahu ini adalah impian saya.

“Saya sangat gembira dapat pergi ke Global Final. Ketika saya bermain menggunakan platform PC, rasa mustahil sangat untuk pergi ke peringkat dunia kerana untuk bertanding di peringkat Asia Tenggara pun agak sukar.

“Jadi apabila bermain secara kompetitif di PUBG Mobile, peluang itu lebih cerah dan akhirnya, impian jadi realiti,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

Man Parang bersama Yoodo Gank berjaya menampah slot ke Global Final PMCO 2019 selepas berjaya berada di kedudukan paling atas dalam kalangan pasukan Malaysia dalam Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split.

Selepas empat minggu bersaing di liga antarabangsa itu, Yoodo Gank meraih 590 mata, dengan 212 mata bunuh dan 2 Chicken Dinner.

Berikutan dengan pencapaian itu, Yoodo Gank layak ke Global Final sebagai pasukan Terbaik Malaysia pada pusingan liga PMCO Asia Tenggara.

Sebelum ini, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah Global Final PMCO yang dijangka akan diadakan pada akhir November ini.

Sebagai tuan rumah, Malaysia diberikan satu kelebihan slot khas dalam kejohanan itu yang ditentukan menerusi pencapaian pasukan terbaik Malaysia dalam peringkat Liga PMCO Asia Tenggara.

Dalam Liga PMCO Asia Tenggara, sebanyak 5 pasukan Malaysia yang bertanding iaitu Yoodo Gank, AROV Esports, Bapak Ah Esports, Team Secret dan VIP Squad.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMCO: VIP Squad layak ke Grand Final Asia Tenggara

Published

on

VIP Squad berjaya tempah slot ke Grand Final PMCO Asia Tenggara dijangka berlangsung pada awal November nanti di Bangkok Thailand. - Foto fail What's The Meta / MARIAH AHMAD

Pasukan profesional PUBG Mobile tanah air, VIP Squad layak Grand Final Asia Tenggara PMCO Fall Split yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

VIP Squad berjaya meraih slot ke Grand Final itu selepas berjaya meraih kedudukan ke-16 dalam peringkat Liga PMCO Fall Split, yang berlangsung selama empat minggu di Shanghai China.

Mereka meraih 551 jumlah mata keseluruhan dengan 1 Chicken Dinner.

VIP Squad bersama 15 pasukan rantau ini bakal bertempur sekali lagi dalam Grand Final Asia Tenggara PMCO Fall Split yang dijangka berlangsung pada awal November nanti.

Sementara itu bagi prestasi pasukan Malaysia yang lain, Yoodo Gank berada di tempat ke-13, AROV Esports ke-18, Bapak Ah Esports ke-19 dan Team Secret ke-20.

Continue Reading

PUBG

PMCO: Yoodo Gank layak ke Global Final

Published

on

Foto YouTube / PUBG Mobile

SELEPAS empat minggu bersaing di kejohanan antarabangsa Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split pasukan profesional PUBG Mobile Yoodo Gank layak ke peringkat Global Final.

Yoodo Gank berjaya ke peringkat Global Final selepas berjaya berada di kedudukan paling atas dalam kalangan pasukan Malaysia dalam liga itu yang berlangsung di Shanghai, China.

Selepas empat minggu bersaing di liga antarabangsa itu, Yoodo Gank meraih 590 mata, dengan 212 mata bunuh dan 2 Chicken Dinner.

Sebelum ini, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah Global Final PMCO yang dijangka akan diadakan pada akhir November ini.

Sebagai tuan rumah, Malaysia diberikan satu kelebihan slot khas dalam kejohanan itu yang ditentukan menerusi pencapaian pasukan terbaik Malaysia dalam peringkat Liga PMCO Asia Tenggara.

Dalam Liga PMCO Asia Tenggara, sebanyak 5 pasukan Malaysia yang bertanding iaitu Yoodo Gank, AROV Esports, Bapak Ah Esports, Team Secret dan VIP Squad.

Global Final PMCO dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada akhir November nanti.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved