Connect with us

General

Wanita itu datang bersama Orange Esports – Syed Saddiq

Published

on

Foto Instagram / @cleopatra_x3

“Kami bercakap mengenai e-sukan.” 

Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menafikan kehadiran seorang wanita dalam satu pertemuan semalam adalah berkaitan pusat kecantikan.

“Ini adalah satu pembohongan terang-terangan. 

“Dia datang bersama satu kumpulan untuk menghadiri satu pertemuan.

“Dia datang bersama Orange Esports, salah satu kumpulan e-sukan terbesar. Kami bercakap mengenai e-sukan, tiada kaitan dengan pusat kecantikan,” katanya dalam satu ciapan balas.

Syed Saddiq berkata demikian apabila menjawab dakwaan satu pengguna Twitter @rahah_ghazali yang mempersoalkan kenapa Syed Saddiq bersetuju untuk mengadakan pertemuan apabila sebutan harga wanita tersebut untuk menubuhkan pusat kecantikan bernilai RM50 juta.

“Kebanyakan kami bernasib baik apabila cadangan kami dibawa kehadapan,” kata Rahah Ghazali.

Dalam satu ciapan berasingan, Syed Saddiq berkata dalam dunia politik, gosip dan fitnah memang berpisah tiada.

Beliau juga menggesa agar isu rakyat diberi perhatian berbanding perkara berkaitan gosip dan fitnah.

Sementara itu Orange Esports berkata pertemuan organisasi itu bersama wanita yang dikenali sebagai Cleopatra itu adalah untuk memperkenalkan inisiatif belia kepada pihak kementerian.

“Pertemuan tersebut adalah hanya membincangkan rancangan dan perlaksanaan e-sukan.

“Kami sebelum ini dihubungi Cleo International Sdn Bhd untuk menjadi rakan kongsi dalam satu projek yang turut melibatkan e-sukan sebagai salah satu pembangunan belia.

“Cleo International Sdn Bhd dan Cleopatra bukan pemegang saham dalam Orange Esport atau EBN (Esports Business Network),” katanya.

Menurut Orange Esports lagi, EBN merangkumi The Gaming Company, Orange Internet Shop, Orange Esports, Prime Live dan Borneo Gaming Company.

Click to comment

Cuba komen sikit

General

Rangka tindakan e-sukan akan dibentang pada 21 November

Published

on

Syed Saddiq berkata rangka tindakan e-sukan negara pertama itu dilakukan bagi membolehkan program e-sukan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan holistik di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa. - Foto What's The Meta / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan rangka tindakan (blueprint) pembangunan sukan elektronik (e-sukan) negara akan dibentangkan pada 21 November nanti.

“Dalam masa dua minggu lagi, kita akan mengadakan pembentangan rangka tindakan (blueprint) yang pertama untuk diperhalusi bersama.

“Selepas itu kita akan mengadakan sesi temu rapat bersama penggiat e-sukan untuk membincangkan mengenai pembelanjaan dana e-sukan yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 supaya akhirnya kita dapat melangkah ke hadapan bersama,” kata Syed Saddiq.

Beliau berkata demkian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Level Up KL kepada Atlet-Atlet E-Sukan Negara ke Temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC pada semalam.

Sebelum ini, dalam satu sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu Syed Saddiq berkata rangka tindakan e-sukan negara pertama itu dilakukan bagi membolehkan program e-sukan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan holistik di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Syed Saddiq turut mengumumkan lima keutamaan strategik bagi rangka tindakan pembangunan e-sukan tersebut iaitu:

  • Ke arah kecemerlangan e-sukan;
  • Sokongan pertumbuhan industri e-sukan;
  • Akses kepada kemudahan e-sukan yang lebih baik untuk menarik pelabur;
  • Membentuk kesedaran awam dan mempromosikan gaya hidup bermain permainan video yang lebih bertanggungjawab;
  • Memupuk tadbir urus dan pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan.


Continue Reading

General

Bukan sahaja Asia Tenggara, Malaysia juga mampu jadi hub e-sukan Asia – Syed Saddiq

Published

on

SYED SADDIQ: Kita perlu bekerja keras untuk menjadi kuasa besar Asia, bukan setakat di Asia Tenggara. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Malaysia dilihat berpotensi untuk menjadi hub e-sukan Asia, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata bagi menjadikan hasrat itu sebagai satu realiti, semua pihak perlu bekerja keras untuk menjadikan industri e-sukan di Malaysia yang terbaik Asia dan bukan sekadar di peringkat Asia Tenggara.

“Kita perlu bekerja keras untuk menjadi kuasa besar Asia, bukan setakat di Asia Tenggara. Jika kita lihat di China, mereka ada Tencent dan Alibaba (AliEsports).

“Di Malaysia kita perlu memupuk industri e-sukan dengan memberi sokongan penuh kepada mereka. 

“Selain menyentuh mengenai bahagian kesukanan dalam sukan siber ini, kita juga mahu lebih banyak pembangun permainan video untuk membuka cawangan di Malaysia, supaya mereka boleh membangunkan lebih banyak permainan video di Malaysia,” katanya.

Jelas Syed Saddiq, menerusi rancangan itu, ia akan melahirkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada tenaga tempatan.

BACA: Atlet negara mampu tepis tanggapan negatif mengenai e-sukan – Syed Saddiq

“Tenaga tempatan boleh jadi pereka grafik dan bekerjasama rapat dengan penggiat e-sukan untuk mendukung industri ini,” katanya.

Beliau berkata demkian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Level Up KL kepada Atlet-Atlet E-Sukan Negara ke Temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC pada semalam.

Pada masa yang sama Syed Saddiq turut mengumumkan rangka tindakan (blueprint) e-sukan akan dibentangkan pada 21 November nanti.

Beliau juga berkata satu sesi temu rapat akan diadakan bersama penggiat e-sukan untuk membincangkan mengenai dana peruntukan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Continue Reading

General

“Kalau stress dengan kawan, ajak main PUBG. Setel” – Caprice

Published

on

CAPRICE: Kalau anda stress atau marah, pertamanya istigfar. Kedua, ajak dia main Call of Duty atau PUBG, sebab boleh tembak dia dalam game. - Foto Instagram / @caprice

PENYANYI rap tanah air, Ariz Ramli (Caprice) menasihatkan mana-mana pelajar atau mahasiswa supaya bertenang jika berdepan tekanan dengan rakan serumah.

Menurut Caprice, walaupun kehidupan sebagai seorang pelajar mungkin akan menyebabkan banyak tekanan, tetapi tidak bermakna seseorang itu boleh bertindak tanpa menggunakan kebijaksanaannya.

“Anda kena simpan kebodohan anda, ‘letak dalam satu kotak dan simpan jauh-jauh’.

“Saya faham, kehidupan sebagai seorang pelajar mungkin boleh jadi sangat tertekan terutama apabila dapat rakan serumah yang suka bersepah dan menyakitkan hati.

“Tapi kalau anda stress atau marah, pertamanya istigfar. Kedua, ajak dia main Call of Duty atau PUBG, sebab boleh tembak dia dalam game,” katanya.

Caprice berkata demikian dalam satu video Instagram yang mengulas mengenai satu berita yang berkaitan dengan penyanyi Naim Daniel.

Berita tersebut, Naim dikatakan mahu berjumpa dengan seorang wanita yang memuat naik status di Twitter yang ingin membunuh rakan sebiliknya.

Lantaran itu, Caprice berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan percakapan atau pertuturan terutama di media sosial.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!