Connect with us

CSGO

#WESGSEA 2019 : Orange Sphynx buka tirai dengan 21-25 menentang Mystery’s dalam BO1

Published

on

Orange Sphynx Mereka bakal meneruskan misi ke pusingan penentu (playoff) dengan berbaki 3 perlawanan dalam hari terakir pusingan peringkat kumpulan yang akan berlangsung esok.- Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Tidak pernah tumpul tapi belum cukup tajam lagi. 

Begitulah mungkin situasi corak permainan pasukan CSGO tanah air wanita, Orange Sphynx ketika ini.

Mereka membuka tirai Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Asia Tenggara dengan memberi saingan sengit ke atas pasukan Thailand, Mystery’s dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan yang berlangsung hari ini.

Meski Orange Sphynx yang mengumumkan barisan pemain baharu pada September lalu mampu beri tentangan hebat, namun sayang sekali mereka tewas 21-25 kepada Mystery’s menerusi perlawanan Terbaik dalam Satu (Best of 1) peta Overpass pada petang tadi.

Selain Mystery’s, Orange Sphynx berada dalam kumpulan bersama negara Indonesia (Celestè), Vietnam (DXG.TIAMAT) dan Laos (Acid-Base e-Sport). 

Orange Sphynx sebelum ini muncul sebagai juara WESG peringkat Malaysia dan memenangi kejuaraan itu dua tahun berturut-turut.

Mereka turut mengumumkan penyertaan pemain muda berbakat besar Nurul Aini (Ayumii) dan juga Ng Yee (Maye).

Barisan pemain Orange Sphynx yang terkini juga termasuk Aisya Sabrina Sabri (Argent), Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism), Shanice Choo Xin Ru (Alaska) dan Iffah Nazurah Saidi (3ve).

Tidak keterlaluan untuk melabelkan Orange Sphynx sebagai pasukan CSGO wanita paling kuat di Malaysia ketika ini.

Mereka bakal meneruskan misi ke pusingan penentu (playoff) dengan berbaki 3 perlawanan dalam hari terakir pusingan peringkat kumpulan yang akan berlangsung esok.

Selepas 3 bulan berlangsung saringan kelayakan peringkat negara, kini Grand Final WESG Asia Tenggara bakal menemui penamatnya pada hujung minggu ini.

Menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM438,000 (AS$105,000), WESG Asia Tenggara menampil 4 acara iaitu CSGO, CSGO Wanita, Dota 2 dan Starcraft II.

WESG Asia Tenggara dibawakan khas oleh Agri Mind, sebuah liga e-sukan ala-Olimpik.

Click to comment

Cuba komen sikit

CSGO

BAE.Sphynx sekali lagi akan gegar arena Asia Tenggara, kali ini dalam Legion of Valkyries

Published

on

Battle Arena Elites Sphynx (BAE.Sphynx) bakal mewakili Malaysia dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR– Pasukan CSGO Wanita tanah air, Battle Arena Elites Sphynx (BAE.Sphynx) bakal mewakili Malaysia dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara.

BAE.Sphynx terpilih ke peringkat itu selepas berjaya melepasi peringkat Kelayakan Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

BAE.Sphynx pada mulanya menewaskan pasukan Revenite 2-0 dan kemudiannya mara ke Grand Final menentang 1Posh.

Pada pusingan itu, BAE.Sphynx meraih kemenangan mudah 16-4 bagi kedua-dua pusingan yang berlangsung dalam peta Inferno dan Dust 2.

Menerusi kemenangan itu, BAE.Sphynx bukan sahaja mendapat slot ke peringkat Asia Tenggara, malah membawa hadiah wang tunai kira-kira RM4,000.

Barisan pemain BAE.Sphynx kini terdiri daripada: 

  • Aisya Sabrina (Argent)- Kapten
  • May Yee Ng (maye)
  • Nurul Aini (Ayumiii )
  • Shanice Choo (Alaska )
  • Jasmine Sim (jazminism)
  • Iffah Nazurah (3ve;)

Jika BAE.Sphynx layak melepasi peringkat Asia Tenggara, mereka akan berentap di Grand Final Legion of Valkyries IV 2019 yang bakal berlangsung di Pantip, Pratunam, pada 13-15 Disember 2019 nanti. 

Juara akan membawa pulang RM20,000 beserta 5 laptop gaming dari Lenovo.

Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini dan produk-produk berkaitan dengan Lenovo di  laman: Legion Lenovo.

Continue Reading

CSGO

#CSGO: Sphynx MY sah kini bernaung di bawah Battle Arena Malaysia

Published

on

Barisan pemain aktif BAE.Sphynx ketika ini terdiri daripada, Ayumii, Argent, Alaska, Jazminism, Maye dan 3ve. - Foto Battle Arena Malaysia

KUALA LUMPUR – Pasukan kompetitif CSGO wanita nombor satu tanah air, Sphynx MY kini secara rasmi bernaung di bawah organisasi Battle Arena Malaysia.

Perkara itu diumumkan seketika tadi dan Sphynx MY dijenamakan semula sebagai Battle Arena Elites (BAE) Sphynx MY mulai hari ini.

Sebelum ini, dalam laman kejohanan e-sukan Legion of Valkyries 2019 memaparkan pasukan Sphynx tidak lagi menggunakan nama Orange Sphynx, sebaliknya menggunakan nama BAE.Sphynx.

Barisan pemain aktif BAE.Sphynx ketika ini terdiri daripada :

  • Nurul Aini (Ayumii)
  • Ng Yee (Maye)
  • Aisya Sabrina Sabri (Argent)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)

Antara pencapaian Sphynx pada tahun ini termasuk menjadi pasukan CSGO wanita pertama di Malaysia yang layak ke Dreamhack Showdown di Fira València, Sepanyol pada Julai lalu.

Kini mereka bakal menyertai kejohanan Legion of Valkyries peringkat Kelayakan Asia Tenggara.

Juara bagi pusingan ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM4,000 (AS$1,000) manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan bawa pulang kira-kira  RM2,400 dan  RM1,600.

Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.

Juara bagi setiap kelayakan di peringat rantau masing-masing bakal berentap di Grand Final Legion of Champions IV 2019 di Bangkok Thailand.

Continue Reading

CSGO

Legion of Valkyries: Siapa lagi akan bersaing selain BAE.Sphynx?

Published

on

Juara Kejohanan CSGO Wanita Legion of Valkyries Peringkat Kelayakan Malaysia akan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM4,000 dan bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR – Kejohanan CSGO Wanita Legion of Valkyries Peringkat Kelayakan Malaysia bakal membuka tirainya seketika nanti.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM8,200 ini bakal menyaksikan 4 pasukan CSGO tempatan merebut kejuaraan itu iaitu:

BAE.Sphynx

  • Aisya Sabrina (Argent)  – Kapten 
  • May Yee Ng (maye)
  • Nurul Aini (Ayumiii )
  • Shanice Choo (Alaska )
  • Jasmine Sim (jazminism)
  • Iffah Nazurah (3ve;)

1Posh

  • Nazreen Ghani (Ayin) – Kapten
  • Atie Musbah (Atie) 
  • Amanda Frederica (loli)
  • Nur Nabila Azman Hisham (Princhess Rino)
  • Nurul Nabila Haziqah Binti Rasiman  (NH)
  • Fitrie Annastasia (Anna)

Last MinuteZ

  • Syaza ZA – (Pristin) – Kapten
  • Zaza Emeelia (ZazaLipa) 
  • Aidah Dzulkharnain (Aidah)
  • Nur Elyana (Elly)
  • Amanda Reggie (Wunda)

Revenite

  • Fazdiana Farhana  (D1ANA) – Kapten
  • Najwa Azwa – (kebab)
  • Jo Anne  – (crytica)
  • Intan Farhana (Chibi) 
  • Atika Erika (Manía)

Kejohanan CSGO Wanita Legion of Valkyries Peringkat Kelayakan Malaysia itu bakal menggunakan format Terbaik Dalam 1 (Best of 1) kecuali pada Grand Final yang akan menggunakan Terbaik Dalam 3 (Best of 3).

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM4,000 dan bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Asia Tenggara.

Grand Final Legion of Valkyries IV 2019  bakal berlangsung di Pantip, Pratunam, pada 13-15 Disember 2019 nanti. Juara akan membawa pulang RM20,000 beserta 5 laptop gaming dari Lenovo.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!